ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, March 1, 2013

PANTUN NASIHAT (5) - RADIO IKIMFM.


TEMA : KEMERDEKAAN.

Indah kartika menyinari dunia,
Cantik terserlah wajah mempelai;
Rahmat merdeka satu kurnia,
Anugerah Allah tidak ternilai.

Cantik terserlah wajah mempelai,
menjamu santapan raja sehari;
Kurnia Allah tidak ternilai,
Bulan lapan kemerdekaan terpatri.

Menjamu santapan raja sehari,
Takjemu dipandang takjemu dilihat;
Mara ke depan putera dan puteri,
Di tengah padang ikrar terpahat.

Takjemu dipandang takjemu dilihat,
Bergema sorakan di depan mata;
Di tengah padang ikrar terpahat,
Bukti kasihkan negara tercinta.

Bergema sorakan di depan mata,
Melihat ungka menangis disengat;
Kalau kasihkan Negara tercinta,
Sambutlah merdeka penuh semangat.

Anak pekaka anak merbah,
Sahut bersahut di ranting mati;
Pantun merdeka dikarang digubah,
Sekadar menyahut cabaran kak siti.

Berwarna warni hidangan dijamu,
Sarapan pagi kuih seri muka;
Sampai di sini kita bertemu,
Bersua lagi dilain ketika.


Nukilan,
-CT Nurza-

*Diterbitkan di Radio IKIMFM untuk segmen pantun nasihat Mac 2009. Terpilih sebagai "Pemenang Terbaik" Pertandingan Mencipta Pantun Merdeka terbitan IKIMFM.

No comments: