ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, March 1, 2013

PANTUN NASIHAT (6) - RADIO IKIMFM


Kayu arang dibuat baja,
Habis dibakar perdu berduri;
Aib orang usah dijaja,
Kelak terbongkar aib sendiri.

Terbang kedidi di pohon mati,
Nampak berkabut di lereng bukit;
Andai berbudi setulus hati,
Takperlu disebut takperlu diungkit.

Berkompang berarak menuju persada,
Jatuh berserak sikuih donat;
Biar bersemarak iman di dada,
Jangan bersemarak dengki khianat.

Pergi berkelana pedagang Bugis,
Bertepung tawar di waktu malam;
Jangan dihina sibuah manggis,
Hitam di luar putih di dalam.

Beli purdah di pekan Larkin,
Dipakai jelita ke majlis kenduri;
Gunakan lidah sebaik mungkin,
Tersilap kata menyesal diri.

Makan anggur di bawah khemah,
Bercicah roti dengan kuahnya;
Tegur menegur biar berhemah,
Mengguris hati tiada gunanya.

Cuaca redup di sawah padi,
Beralun gemersik seruling tanah;
Biarlah hidup menabur budi,
Jangan asyik menabur fitnah.


Nukilan,
-CT Nurza-

*Telah pun diterbitkan di Radio IKIMFM dan dipilih sebagai pantun terbaik "Pemenang Mingguan" untuk segmen pantun nasihat terbitan Pn. Siti Rohani Suriani Radio Ikimfm. Terima kasih Ikimfm.

No comments: