ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, March 5, 2013

KATA-KATA HIKMAH DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI (1)



"...Sebaik-baik harta adalah yang membawa manfaat bagimu. Sebaik-baik ilmu adalah yang mengangkat darjatmu. Sebaik-baik rumah adalah yang membawa ketenangan di hatimu. Sebaik-baik kawan adalah yang sentiasa menasihatimu..." - Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

"...Hindarilah perdebatan yang tidak perlu serta perkumpulan yang tidak bermanfaat. Jauhilah kawan yang jahil kerana ia boleh menarikmu kepada kejahilan (seperti dirinya). Ketahuilah bahawa tabiat yang buruk boleh mempengaruhi tabiat baikmu dan penglihatan matamu yang buruk boleh menjerumuskanmu ke dalam kejahatan..." - Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.


"...Biasakan dirimu menjadi pendengar yang baik, tidak memotong pembicaraan orang lain, bertutur kata lemah-lembut, bersikap santun, serta meninggalkan kesan positif di hati setiap orang yang mengenalmu..." - Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

"...Sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda..." - Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

No comments: