ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, March 8, 2013

PUISI ILHAMKU - 1



Kurantaikan lidah daripada berkata-kata
Kerana bimbang perkataanku itu sia-sia dan dusta

Kukawal jari-jemariku daripada terus menulis
Kerana kutakut tulisanku amat mengguris

Kudidik diriku dengan berpuasa
Kerana puasa mengelakkan diriku daripada berbuat dosa

Kulatih diriku agar bersabar
Walau terkadang kurasa amat tercabar

Kukawal amarahku agar tidak menular
Kerana kutak mahu imanku terbakar

Ku kawal diriku daripada bersosial terlebih di facebook
Kerana facebook segala-galanya boleh berlaku

Tepuk dada tanyalah IMAN
Bukan tanya pada NAFSU yang melulu!

-Nurza-
06122011 12:29am.

No comments: