ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, March 1, 2013

PUISI KHAS NUKILAN RAKAN FB : CERITA MIMPI



AbdulRahim Abdullah

Salam puisi kepada Nur Za...

Cerita Mimpi.........

Andai dalam sedar masih aku bermimpi
dalam fantasi mencari dunia realiti
tentang mencari batas sempadan
antara realiti dengan fantasi
kerana keduanya hanyalah sebuah illusi
yang menghambat dalam perjalanan ngeri
seorang kembara sepi sendiri

Andai dalam lenaku mimpi mimpi realiti
menggamit aku kembali kepada fantasi
mencari identiti yang tah kemana pergi
dalam diri seorang kembara
yang berkitaran tanpa menemui
tamsil dari episod cerita mimpi
kerana ia datang dan pergi
silih berganti dalam dua situasi

ArahimAbdullah, 0951, 25/3/11


Nur Za ‎~~Terima kasih En ARA....indah sekali puisinya....rasa terharu saya baca kerana sudi menyambung puisi saya semalam.....izinkan saya abadikan puisi ini dalam blog peribadi nukilan kreatif saya ya....:))~~


AbdulRahim Abdullah : terima kasih kembali, secara intuitif... saya karangkan puisi itu selepas membaca sajak cerita dari sebuah mimpi hasil karya puan..... adakala tika hati tergerak rasa, maka terluah dalam bentuk kata kata.


AbdulRahim Abdullah : silakan ambillah tak kesah saya......


*TERIMA KASIH SEHARUM BUDI BUAT EN ARA YANG SUDI MENUKILKAN PUISI KHAS INI BUAT MEMBALAS PUISI "CERITA DARI SEBUAH MIMPI" YANG TELAH SAYA NUKILKAN UNTUK GROUP SERU PUISI BERSAMA INSAN2 SENI TANAHAIR....

No comments: