ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, March 12, 2013

PUISI : MENGERTILAH (1)




Usah kau marah...
Pada sikecil yang bertatih
Jika langkahnya
Sumbang dan tempang

Ajarlah dia berjalan betul...
Agar langkahnya lurus teratur
Tidak tersasar
Tidak tersungkur

Usah kau marah...
Pada bingitnya suara beburung yang berkicau
Kerana tanpanya
Hilanglah seri
Suramlah maya

Usah terkejut...
Bila langit mula bertempik
Bosan melihat perlakuan manusia
Membanggakan diri dengan dosa

Lantas DIA...
Mengutuskan angin panas
Sebagai amaran dan petanda
Untuk kita berfikir
Untuk kita mengerti

Ambillah iktibar
Baikilah diri!


by Nur Za on Friday, March 18, 2011 at 5:40pm
18 mac 2011, 05.21pm.

*Disiarkan di stesen Radio Cool.FM oleh Dj Zura.

No comments: