ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, March 12, 2013

PUISI : SI PENGKHIANAT CINTA



Janjimu...
Persis daun-daun kering
Sering melayah ditiup bayu
Menaburi laman kasih tiap detik
Lalu kukutip dan kusimpan
Kuletakkan ia di puncak harapan
Bersama impian yang mekar mewangi
Tanpa sangsi dan curiga

Namun..
Sekian lama menanti
Akhirnya janji hanya sekadar janji
Penantian berakhir dengan kehampaan
Impian yang berbunga
Musnah dilanda kecewa yang takbertepi,
Janjimu rapuh di persada mimpi
Tugu cinta yang bertahan
Ranap dan musnah
Hanya kerana sebuah janji
Yang telah kaukhianati dan mungkiri
Aduhai...!!!
Si pengkhianat cinta!


-CT Nurza-
31 Mac 2011.
05.52am.

*NUKILAN UNTUK GROUP RUMPUN KREATIF.

2 comments:

ainnur mustaqim said...

pengkhianat cinta mungkir untuk bahgia,selayak zikirullah basah lidah,menabur janji serakah,sumpah setia yang tak berarah,aku amanah pada cinta dusta,amanah pada janji setia,yang akhirnya terkubur di laman derita yang bernisan luka...

CT Nurza said...

Terima kasih temanku Ainnur Mustaqim sudi tinggalkan komen.....selamat petang dan Assalamualaikum...

Pengkhianat cinta amat bijak bermain kata. Lidah manis bergula menyusun bicara. Terkorban rasa oleh hebatnya janji yang terucap. Namun cintanya palsu semata-mata. Jika lemah dan percaya, diri pasti binasa oleh kasih yang berpura.Biarlah kita teguh menjaga maruah supaya kita tidak rebah dengan cinta yang sering berubah-ubah. cukuplah kita mendambakan cinta Allah. Cinta yang lebih terarah dan indah...Insya-Allah!