ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, April 28, 2013

PUISI : BERLAYAR MENCARI PENAWAR (CONTEST)

♥ BERLAYAR MENCARI PENAWAR ♥

Melewati samudera dan rimba
Dari tanjung ke delta
Berenang berkayuh menongkah arus
Terkadang lemas
Terkadang karam
Masih bertahan
Tegar berjuang

Misi dan visi jadi hambatan
Demi hasrat menggapai impian
Berkelana bermusafir berbatu-batu
Penat lelah tidak dihirau
Halangan dirempuh satu cabaran
Perjalanan berliku ditempuhi jua
Terus berlayar mencari penawar

Dari satu pulau ke satu pulau
Kembara berlangsung mencari haluan
Sebelum tujuan dapat direalisasi
Tidak kanterhenti pencarian ini
Walau destinasi telah dijejaki
Andai penawar takku temui
Biarpun jauh kutetap berlayar
Berlayar mencari penawar
Hingga penawar bisaku miliki.

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
28 April 2013 12:55am.

*Telah disiarkan di Radio Online Hotdeejay FM oleh Djpyan Yow pada 28 April 2013 jam 01:40pagi. Terima kasih Hotdeejay FM kerana mendeklamasikan nukilan saya.

"Segmen Bahasa Orang Lama" - "Win Contest"

Assalammualaikum... hari ini ada 2 pengumuman. Satu pasal Segmen dan satu lagi pasal Pemenang Pertandingan Puisi tu.

Jadi, pertamanya pengumuman tentang segmen bahasa (isnin) dan segmen orang lama (rabu) akan bergabung pada hari isnin menjadi Segmen Bahasa Orang Lama...
ini dilakukan sebab segmen orang lama dan segmen madah di hotdeejayfm sama harinya yang diselenggarakan oleh admin Dhamah Syifflah dan Mayang Sari.

Dan disebabkan hari isnin masih tiada admin maka secara pantasnya aku mengambil keputusan untuk mencantumkannya. kan senang certita ehehee... lagi penting apabila ia satu ketidakadilan kepada Mayang Sari kerana setiap admin yaini Mohamad Farez Abdul Karim (segmen kupasan madah -Selasa), Muhammad Lokman (segmen ilmu -khamis), Zul Hairiey (segmen mari tanya ustaz- jumaat) dan aku sendiri dipin postnya pada hari2 segmen dijalankan. Tapi tidak mayang sari. jadi untuk keadilan ini maka hari rabu segmen mayang sari akan di pin juga. walaupun ia tetap tidak adil kerana segmen zul hairiey dipin postnya sabtu dan ahad juga. namun apalah hendak dikirakan andai agama diletakkan ditempat pertama.

aku hendak petik cerita tentang kerjasama. seorang menternak, seorang nelayan dan seorang lagi bertani. andai kata ketiga-tiganya mengambil bahagian sama. tiadalah perbezaan pada sesuatu itu dan bagaimana ia dapat menghasilkan sesuatu yang lain. dengan kelainan pada bahagian2 tertentu ia memudahkan. andai ingin makan ikan jumpalah nelayan, andai ingin makan buah jumpalah petani dan andai ingin merasa daging jumpalah penternak. adakalanya ia menjadi sama apabila penternak menternak ikan. namun ia tetap berlainan pada rasanya. mungkin nelayan cemburu pada penternak dan begitu penternak. mungkin akan menyebabkan pergaduhan. Namun, tanamkan pada hati... rezeki Allah yang beri.

Jadi, biar kita berbeza dari segi apa sekalipun. dengan perbezaan itu kita tetap akan melihat persamaannya di sini... kerjasama antara kita dalam bidang penulisan.

Akhir kata, semuanya akan berubah pada hari ini dan saat ini, bantahan, pangkahan tidak akan dilayan. eheheee

Dan pengumuman ke dua hehee... sukar aku hendak beritahu tentang itu. namun setiap pertandingan ada menang dan kalah. jadi usah merasakan kita lemah mahupun melunturkan semangat itu apabila kalah dalam sesuatu hal. kekalahan dan kemenangan didalam sesuatu pertandingan tidaklah menjadi punca hilang rasa jika kita masuk sesuatu pertandiangan bukan untuk menang tetapi untuk memajukan diri dan berani untuk kalah. dengan adanya keberanian itu maka tahulah, kita tetap perlu meneruskan pelajaran sama ada menang mahupun kalah.

bersedia mahupun tidak, yakin mahupun ragu, baru mahupun lama... ingatlah tiada siapa dapat menandingi indahnya bahasa "Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)".

Maka, pengumuman akan dilakukan... (kasi bunyi kompang satu, macam nak kawin lak berkompang ehehee)

semuanya adalah pemenang pada aku... namun, buku ini ada satu. jadi aku harus memilih dan terpaksa tetap memilih. kenapa aku memilih dia? 6 puisi telah aku baca berulang kali, sehingga ia menjadi sebati. bukan berdasar bahasa indah, namun maknanya ingin disampaikan... setiap 6 puisi membawakan maksud yang hampir sama iaitu mencari diri walaupun berbeza dari segi penyusunan bahasa. namun, berulang kali aku baca tetap dia yang menambat hati aku, sejujurnya aku tidak mengenali dia. dan aku tidak mendengar anasir-anasir yang cuba mempengaruhi pemilihan aku. (pangkah biar betul2 dia yang hati itu suka hehee)

dan disebabkan 2 perkataan itu berada di dalamnya maka aku pilih dia sebagai pemenang, bukan itu sahaja, perkataan Tidakkan terhenti pencarian ini, Walau destinasi telah dijejaki menambat hati ini... Nur Za adalah pemenang... taniah.

Thursday, April 25, 2013

PUISI : KALAU INGIN

Tuesday, April 23, 2013

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN ANTOLOGI PUISI.


Sunday, April 21, 2013

MIMPIKU KINI JADI REALITI : ANTOLOGI PUISI.


 KAD UNDANGAN KE MAJLIS PELANCARAN CITRA SENI ANAK PAHANG & MAJLIS PELANCARAN BUKU ANTOLOGI PUISI KAMPUNG PAGI DI HOTEL MS GARDEN KUANTAN. TERIMA KASIH ATAS UNDANGAN PIHAK PENGANJUR.


COVER BUKU ANTOLOGI PUISI : KAMPUNG PAGI (HASIL KARYA 30 ORANG PENULIS-PANULIS PAHANG YANG DISELENGGARAKAN OLEH :
EN. ROSLAN MADUN

Kepada penulis-penulis Pahang yang sajak mereka termuat dalam antologi ini mohon hubungi saya segera.

Makluman kepada nama-nama penulis antologi puisi Kempung Pagi, bahawa nama-nama anda sekalian telah saya daftarkan sebagai tetamu Malam Citra Seni Anak Pahang, pada 22 April di Hotel MS Garden Kuantan jam 8.00 malam. Kad jemputan mungkin terlewat sampai, dan saya tak dapat menghubungi sebahagian nama-nama ini kerana nombor telefon dan alamat masing-masing sudah bertukar. Maka melalui FB ini, anda dengan rasminya saya undang ke majlis tersebut. Terima kasih.

1. Ami Masra
2. Ak Hidayat
3. Amran Ibrahim Rashidi
4. Arisel BA
5. A Rafar Mohd
6. Dato Aripin Said
7. CT Norza
8. Ibrahim Ismail.
9. Kas Mara II
10. Khirul Bariah Mat Arup
11. Kelompeng
12. Mohd Fauzi Abdullah.
13. Maulana Putra Mat Piah Teh Deris
14. Masrina DS
15. M Rezuan Ewan Deen
16. Muna Ali
17. Nan F
18. Nazri Sham
19. Qaseh
20. Rizan Md Zain
21. Sahrunizam Abdul Talib
22. Saifuddin Abdullah
23. Sa'adon Suraji
24. Siso Kopratasa
25. Suzana Mohd Suboh
27. Teo Wei Seng.
28. Yassin Salleh
29. Zainor Al-Rashid
30. Zulkifli Baharun

SUKA-SUKA : KUIZ TELEJUMAAT BERSAMA TV AL-HIJRAH

Terima kasih kerana menonton TeleJumaat 'Villa Untuk Ibu' itu sebentar tadi.

Soalan pada minggu ini adalah :-

Adakah anda pernah mengalami situasi yang sama seperti watak anak-anak dalam situasi Villa Untuk ibu ini, yang manakah menjadi prioriti anda? Adakah kebajikan ibu atau keutamaan keluarga sendiri diberi perhatian?

Sila berikan jawapan anda didalam ruangan komen dibawah, jawapan yang bertuah akan diumumkan esok jam 11.00 pagi. Tepat jam 10.00 pagi esok, ruangan jawapan akan ditutup.

Selamat Mencuba.

Jawapan dan Komen :
Nur Za Assalamualaikum...
Jika saya berada di tempat anak-anak dalam watak cerita Villa untuk ibu ini, apa pun dugaannya, demi untuk menunaikan janji yang telah terucap, saya akan tetap berusaha untuk mengotakannya kerana saya tidak mahu mengecilkan hati seorang ibu dan mengecewakan dirinya dengan janji-janji manis yang telah ditabur tetapi tidak ditunaikan. Walaupun seorang ibu tidak pernah meminta sesuatu daripada anak-anaknya, tetapi kita sebagai anak, apabila sudah berjanji maka perlulah kita tunaikan dan gembirakan hati ibu kita sebelum dia menutup mata. Kebajikan ibu perlu diutamakan kerana dialah yang bersusah payah melahirkan kita.Terima kasih.

Assalamualaikum. Terima kasih kepada penonton TeleJumaat yang telah memberikan jawapan, komen, pendapat dan pandangan mengenai 'Villa Untuk Ibu'. Empat pemenang bertuah TeleJumaat adalah Nur Za, Senyum Simpul, Noor Nazam dan Ali Al-Sa'lt. Kepada nama-nama diatas, diminta memberikan detal anda seperti nama penuh, alamat terkini dan number telefon untuk dihubungi. Sila inbox detail anda ke page TV Alhijrah.

Tahniah kepada semua pemenang.

PANTUN KHAS SEMPENA ULANGTAHUN RTM -TV1

Dari Kulim ke Pengkalan Chepa,
Memandu cermat di jalan biasa;
Jasa RTM takkan dilupa,
Memberi maklumat hal ehwal semasa.

Selamat ulangtahun RTM!

-CT Nurza-
03042013 07:52pagi.
*Disiarkan di TV1 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Tuesday, April 16, 2013

CORETAN : IBU, KAU RATU HATIKU.




Ibu…
Salam damai buatmu di sana…!

Dalam kepayahan meniti batas waktu, aku bagaikan musafir asing di bumi ini. Tanpa ibu, laluan terangku kini menjadi gelap dan samar. Bagiku...ibu adalah segala-galanya. Seketika dahulu, ibu adalah teman setiaku untuk sering berkongsi rasa. Insan yang paling rapat denganku dan amat aku percayai. Pendek kata, ibu adalah pendengar setiaku yang tidak pernah jemu menemani aku kala diri diburu kegundahan. Nasihat-nasihatnya yang amat berharga itu, bagaikan gugusan salju yang berguguran membasahi tangkai jiwaku tiap waktu.

Memiliki seorang ibu, bagaikan memilki sebutir berlian di puncak gunung yang amat tinggi nilainya. Terlalu berharga dan sungguh bermakna. Ibulah tempat aku bermanja di kala hati sedang diamuk duka dan walang. Ibu, kini kausudah pergi meninggalkan aku untuk selamanya. Namun begitu, kautetap tinggalkan aku dengan sejuta pesanan yang takmungkin aku lupakan. Ketahuilah ibu, segala titipan nasihatmu amat aku hargai.

Ibu! sungguh banyak pesananmu yang sering membuatkan diriku sentiasa berfikir. Betapa besarnya erti pengorbanan dan kuasa didikan serta asuhan daripada seorang ibu sejak kecil. Semuanya dilakukan dengan penuh tulus demi untuk membentuk anak-anak yang soleh dan solehah. Terima kasih Ibu! Sememangnya ibulah ratu hatiku! Al-Fatihah…

Nukilan,
CT Nurza.
15 April 2013
11:30mlm.

Sunday, April 14, 2013

PUISI : MUSAFIRKU DI HUJUNG MALAM


Pencarianku disepertiga malam
Tidak akan sesekali terhenti
Selagi nadiku berdenyut
Izinkan aku mengabdikan diri kepada-Mu

Menagih rindu di ruang sepi
Dalam zikir tafakurku
Tangan kutadah memohon rahmat
Limpahkan aku cinta Agung-Mu
Agar aku sentiasa dekat
Menyerahkan hati hanya untuk-Mu

Duhai penciptaku yang sentiasa mengawasi diri
Kuatkan jiwaku mmenempuh mehnah-Mu
Agar benteng keimanan dapat aku pertahankan
Di Mahligai taqwa impianku bertakhta


-CT Nurza-
12 April 2013
04:30pg.

PUISI : ILTIZAM


Tenang dan sunyi...
Tidak bermakna aku sepi

Aku bahagia menyendiri bermuhasabah diri
Kuluruskan niat di hati...
Kulayangkan impian ke langit tinggi

Bintang, bulan, awan dan matahari ingin kugapai
Bersama doa, semangat dan cita-cita yang kumiliki
Pasti kubuktikan harapan dan impian menjadi nyata
Usahaku takakan sia-sia
Lantaran kuyakin kejayaan ada di mana-mana
Selagi Iltizam membara di jiwa
Ya Allah! permudahkan segalanya!

-CT Nurza-
11 April 2013
04:39ptg.

Thursday, April 11, 2013

PUISI : TOK SAH MEMANDAI-MANDAI


Tajuk : Tok Sah memandai-mandai

Jangan menduga sesuatu
Kalau takpernah tahu
Apa yang aku tahu
Itu bukan urusanmu
Takperlu ambil tahu
Jaga saja tingkah lakumu
Jangan sampai aku jemu
Untuk terus menghormati dirimu
Sebagai kawanku
Titik!


-Nur Za
-
11 April 2013.

PUISI : UNTUK APA????



Untuk apa kauucapkan bahagia???
Sedang hatimu pedih terluka
Parah tersiksa menahan derita
Terzahir rasa di sebalik genangan airmata
Menyembunyikan sendu dalam tawa
Namun hakikatnya jiwamu lara
Kerana kutahu apa yang kaurasa.

Corat-coret jiwangzz,
-CT Nurza-
07 April 2013.
05:50ptg.

Wednesday, April 10, 2013

PUISI : MONOLOG HATI BUAT INSAN MISTERI


Harga diriku...
Bukanlah boleh dinilai dengan wang yang ingin kausogokkan
Meskipun kauhebat dan punya segala
Namun...
Itu takbermakna kauboleh membeli hatiku dengan mudah
Aku tidak hairan dengan apa yang kaumiliki
Tapi aku hairan...
Mengapa kautidak punya hati?
Mengapa kautidak mengerti?


Bagiku...
Harga sekeping hati adalah kejujuran dan keikhlasan
Bukan kebendaan dan wang yang ditawarkan
Maafkan aku!
Atas rasa yang amat terluka


Biarlah aku pergi menjauh diri
Agar kauakan mengerti
Bahawa aku masih punya maruah diri
Wang bukanlah segala untukku
Walaupun hidup memerlukan wang
Aku bukanlah pemburu bayang
Dalam permainan nafsu yang pincang.

Nukilan...
-CT Nurza-
10 April 2013
05:47am.

PERADUAN MENULIS ESEI TUDUNG NUR


www.tudungnur.com : Ceritaku Dan Tudung Bidang 60.


Assalamualaikum...


Terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur, di atas inisiatif mengadakan peraduan seumpama ini, untuk menarik minat pengguna mencuba produk-produk baru yang sedang diperkenalkan kepada umum. Syabas saya ucapkan! semoga produk ini mendapat tempat di hati para muslimah yang menitik beratkan tentang penjagaan aurat wanita.


Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, aurat merupakan hal yang wajib untuk kita berikan perhatian yang paling utama bagi kaum hawa. Ini kerana menutup aurat merupakan satu tuntutan dan kewajipan yang amat penting, bagi memelihara maruah dan kesucian seseorang wanita. Dengan menutup aurat, sudah pastilah mereka, iaitu golongan wanita tidak akan diganggu dan ini dapat menjaga kehormatan diri mereka dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti kejadian rogol dan sebagainya. Menutup aurat juga dapat menghindarkan fitnah bagi kaum wanita kerana ia dapat menjaga pandangan kaum lelaki yang ajnabi daripada melihat perkara-perkara yang haram dan ditegah oleh agama.

Sepertimana Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzaab ayat 59 mafhumnya : 


A059
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Surah Al-Ahzaab, ayat : 59).

Sehubungan dengan itu, tudung Nur dengan kepelbagaian bentuk, corak, warna dan design yang menarik serta harga yang berpatutan, kini sedang memperkenalkan satu lagi produk tudung yang amat ekslusif dan unik dengan bidangnya yang berukuran 60 inci lebar. Tudung ini disediakan khusus untuk para wanita dan muslimah, terutamanya anak-anak gadis, para remaja, isteri-isteri dan ibu-ibu yang mementingkan penjagaan aurat dengan sempurna agar dapat merubah penampilan anda dengan menggunakan tudung ini.

Ia bukan sahaja cantik, tetapi juga selesa untuk dipakai takkira waktu. Ini membuatkan diri anda lebih kelihatan anggun dan menawan apabila mengenakan tudung ini dengan sebaik mungkin. Dengan pemakaian tudung yang sempurna dan benar-benar mengikut syarak, anda pasti akan lebih dihormati dan disegani kerana setidak-tidaknya apabila anda berjaya menutup aurat dengan sempurna, maka anda akan berasa malu untuk melakukan maksiat dan kemungkaran serta mampu menghindarkan diri anda dari panahan mata-mata syaitan yang durjana
.

Oleh itu,
kepada kaum wanita di luar sana khususnya untuk diri sendiri juga, bersama-samalah kita berusaha menjaga aurat kerana aurat, kita mampu menyelamatkan diri kita daripada cengkaman api neraka di samping turut menyelamatkan insan-insan yang kita sayangi dan kasihi, terutamanya ayah, suami, abang dan adik lelaki kita daripada terhumban ke jurang neraka. Aurat kita tanggungjawab kita. Jagalah dengan sebaik mungkin. Berusahalah untuk mencari redha Allah SWT semoga kita mampu menjadi insan yang mentaati suruhan-Nya. Insya-Allah!


-CT Nurza-
10 April 2013
03:52am.

Sunday, April 7, 2013

RANGKAIAN ILHAM SPONTANKU DI LAMAN FB 2011





Inginku telusuri tembok hati
Dalam renungan nurani
Untuk mencari kewujudan diri
Mengapa aku di sini
Untuk apa hidupku ini
Jika hati tidak suci murni
Seindah cahaya imani.

~CT Nurza~
20092011 02:29am

♥♥ Setitik airmataku tumpah
Takakan aku bazirkan ia tanpa mengingati-Mu
Setitis rinduku tercurah
Biarlah rindu itu rindu untuk mencari redha-Mu
Wahai Ar Rahman!
Abadikanlah aku pada cinta-Mu yang paling indah ♥♥


♥♥ Tika kegelapan menyelubungi diri
Kau hadirkan jalur-jalur cahaya menerangi
Membangkitkan aku kembali
Bersama kecekalan dan inspirasi hati
Sejuta syukur pada-Mu Ilahi
Kerana Engkaulah yang Maha Pemberi ♥♥

♥♥ Sediakan ruang untuk kita bermuhasabah.....cermin diri cermin peribadi kerana disetiap kelebihan tetap ada kekurangan dan setiap kekurangan pasti ada kelebihan..meskipun kita sering merasakan diri kita adalah yang hebat dan terbaik, tetapi belum tentu kita mampu menjadi insan yang terbaik dan sempurna di sisi-Nya...Allah lebih tahu apa yang tersorok di sebalik hati dan niat kita. jadi berjaga-jagalah dengan hati dan niat agar ia tidak dicemari dengan mazmumah...♥♥

♥♥ Keraguan akan datang sendiri apabila kita berniat tidak baik pada orang lain, oleh itu kita akan takut pada bayang- bayang sendiri dengan sikap dan perbuatan kita..♥♥

~CT Nurza 2011~

PUISI SPONTAN : SERIBU MIMPI


Seribu mimpi
Tiada satu yang terealiti
Jika terealiti
Belum pasti membahagiakan diri
Kebahagiaan bukan mudah untuk ditemui
Meskipun takhenti mencari
Namun pencarian tetap akan diuji
Untuk menyukat keimanan dan kesabaran di hati.

-CT Nurza-
14102011 12:23pm.

SEKADAR CORETAN




"...Di antara sebuah harapan...kubina jambatan impian. Di antara sebuah kekhilafan...kuusir segala kesamaran. Berhembuslah angin-angin duka...agar kautak lagi meniupkan sepoi-sepoi lara di hatiku...jangan bersedih wahai diri!..."