ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, April 16, 2013

CORETAN : IBU, KAU RATU HATIKU.




Ibu…
Salam damai buatmu di sana…!

Dalam kepayahan meniti batas waktu, aku bagaikan musafir asing di bumi ini. Tanpa ibu, laluan terangku kini menjadi gelap dan samar. Bagiku...ibu adalah segala-galanya. Seketika dahulu, ibu adalah teman setiaku untuk sering berkongsi rasa. Insan yang paling rapat denganku dan amat aku percayai. Pendek kata, ibu adalah pendengar setiaku yang tidak pernah jemu menemani aku kala diri diburu kegundahan. Nasihat-nasihatnya yang amat berharga itu, bagaikan gugusan salju yang berguguran membasahi tangkai jiwaku tiap waktu.

Memiliki seorang ibu, bagaikan memilki sebutir berlian di puncak gunung yang amat tinggi nilainya. Terlalu berharga dan sungguh bermakna. Ibulah tempat aku bermanja di kala hati sedang diamuk duka dan walang. Ibu, kini kausudah pergi meninggalkan aku untuk selamanya. Namun begitu, kautetap tinggalkan aku dengan sejuta pesanan yang takmungkin aku lupakan. Ketahuilah ibu, segala titipan nasihatmu amat aku hargai.

Ibu! sungguh banyak pesananmu yang sering membuatkan diriku sentiasa berfikir. Betapa besarnya erti pengorbanan dan kuasa didikan serta asuhan daripada seorang ibu sejak kecil. Semuanya dilakukan dengan penuh tulus demi untuk membentuk anak-anak yang soleh dan solehah. Terima kasih Ibu! Sememangnya ibulah ratu hatiku! Al-Fatihah…

Nukilan,
CT Nurza.
15 April 2013
11:30mlm.

No comments: