ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, April 10, 2013

PERADUAN MENULIS ESEI TUDUNG NUR


www.tudungnur.com : Ceritaku Dan Tudung Bidang 60.


Assalamualaikum...


Terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur, di atas inisiatif mengadakan peraduan seumpama ini, untuk menarik minat pengguna mencuba produk-produk baru yang sedang diperkenalkan kepada umum. Syabas saya ucapkan! semoga produk ini mendapat tempat di hati para muslimah yang menitik beratkan tentang penjagaan aurat wanita.


Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, aurat merupakan hal yang wajib untuk kita berikan perhatian yang paling utama bagi kaum hawa. Ini kerana menutup aurat merupakan satu tuntutan dan kewajipan yang amat penting, bagi memelihara maruah dan kesucian seseorang wanita. Dengan menutup aurat, sudah pastilah mereka, iaitu golongan wanita tidak akan diganggu dan ini dapat menjaga kehormatan diri mereka dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti kejadian rogol dan sebagainya. Menutup aurat juga dapat menghindarkan fitnah bagi kaum wanita kerana ia dapat menjaga pandangan kaum lelaki yang ajnabi daripada melihat perkara-perkara yang haram dan ditegah oleh agama.

Sepertimana Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzaab ayat 59 mafhumnya : 


A059
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Surah Al-Ahzaab, ayat : 59).

Sehubungan dengan itu, tudung Nur dengan kepelbagaian bentuk, corak, warna dan design yang menarik serta harga yang berpatutan, kini sedang memperkenalkan satu lagi produk tudung yang amat ekslusif dan unik dengan bidangnya yang berukuran 60 inci lebar. Tudung ini disediakan khusus untuk para wanita dan muslimah, terutamanya anak-anak gadis, para remaja, isteri-isteri dan ibu-ibu yang mementingkan penjagaan aurat dengan sempurna agar dapat merubah penampilan anda dengan menggunakan tudung ini.

Ia bukan sahaja cantik, tetapi juga selesa untuk dipakai takkira waktu. Ini membuatkan diri anda lebih kelihatan anggun dan menawan apabila mengenakan tudung ini dengan sebaik mungkin. Dengan pemakaian tudung yang sempurna dan benar-benar mengikut syarak, anda pasti akan lebih dihormati dan disegani kerana setidak-tidaknya apabila anda berjaya menutup aurat dengan sempurna, maka anda akan berasa malu untuk melakukan maksiat dan kemungkaran serta mampu menghindarkan diri anda dari panahan mata-mata syaitan yang durjana
.

Oleh itu,
kepada kaum wanita di luar sana khususnya untuk diri sendiri juga, bersama-samalah kita berusaha menjaga aurat kerana aurat, kita mampu menyelamatkan diri kita daripada cengkaman api neraka di samping turut menyelamatkan insan-insan yang kita sayangi dan kasihi, terutamanya ayah, suami, abang dan adik lelaki kita daripada terhumban ke jurang neraka. Aurat kita tanggungjawab kita. Jagalah dengan sebaik mungkin. Berusahalah untuk mencari redha Allah SWT semoga kita mampu menjadi insan yang mentaati suruhan-Nya. Insya-Allah!


-CT Nurza-
10 April 2013
03:52am.

No comments: