ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, April 4, 2013

PUISI : DALAM MEHNAHNYA



Meneguk rasa kecewa
Berhambur duka nestapa
Memedih ditangkai rasa

Biarkan
Biarkan sejenak kehilangan warna ceria
Agar kutahu hidup ini pelbagai cerita
Untuk lebih mengerti sejuta makna
Mogaku lebih cakna
Pada setiap kejadian dan ciptaan-Nya
Justeru kujengah jendela fikirku
Kubuka pintu firasat
Dalam senyum makrifat
Kucari segala hikmah-Nya
Moga kutemui segala kunci dalam Mehnah-Nya
Untuk memasuki laman redha-Nya.

-CT Nurza-
25092011 09:58pm.

No comments: