ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, May 9, 2013

CORAT-CORET SEPOTONG RASA.

Bismillahhirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah...akhirnya muncul juga majalah IK untuk isu ke-10 ini di pasaran...syukur teramat syukur! walaupun siang malam aku ala-ala tak cukup tido gitu, asyik nak mengadap laptop ni. Tapi, demi menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepadaku, terutamanya untuk tiga segmen khas yang telah dikhususkan kepadaku setiap bulan di samping turut membantu ketua editor menyunting artikel-artikel yang telah diterima daripada penulis-penulis lain dalam kumpulan namun aku happy sangat-sangat dengan tugasanku.

Hemmm...siang malam duk perah otak mencari ilham, mencari idea, mencari fakta dan bahan2, namun ia sangat menggembirakan hatiku, walau adakalanya terasa bagai nak pecah kepala otak ni memikir macamanalah nak menyiapkan artikel-artikel penting aku kat majalah nih setiap bulan...hehehe....mujurlah my chief editor sangat memahami so, legalah sikit fikiran ni bila tetiba ilham yang meluncur laju tu 'stop' ilang tah ke mana-mana...ish..ish..ishhh...mencabar sungguhlah rupanya bila diberikan tanggungjawab untuk menulis sesuatu yang amat penting dan serius mengikut konsep majalah ini, namun alhamdulillah, dalam serba kesukaran dan penuh dengan dugaan, akhirnya aku berjaya juga melaksanakannya...

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan...pejam celik pejam celik...dah setahun lebih aku nulis kat majalah ni rupanyerrr...nilah pengalaman paling berharga buatku untuk mengutip ilmu demi mengembangkan minatku dalam dunia penulisan yang memang telah sebati dengan jiwaku sejak dari zaman persekolahan lagi...

Walaubagaimana pun...sesekala, rindu jugak aku dengan kerjaya kesayanganku yang terpaksa ditinggal dan dikuburkan suatu masa dahulu, lantaran sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tetapi, demi menyelamatkan nyawaku, aku terpaksa akur pada keadaan...kesihatan lebih penting dari segalanya waktu itu...biarlah semua itu menjadi mimpi manis yang pernah hadir dalam hidupku. Mimpi yang telah merealitikan cita-citaku yang bukan sekadar menjadi angan-angan kosong seperti yang aku sangkakan dahulu...

Terima kasih kepada rakan-rakanku "Team Farmasi" yang pernah bersamaku satu ketika dahulu...Terima kasih juga kepada para "Doktor" yang pernah berurusan denganku di jabatan akaun. Walaupun setiap bulan kalian terpaksa senyum sumbing nak menjelaskan hutang piutang dan sebagainya apabila statement kuberi sampai ke tangan, tapi apa nak buat kan?..terpaksalah jugak dah tugas aku untuk keluarkan statement setiap bulan  mengikut arahan yang diberikan oleh "Big Boss" hehehe...namun kerjasama daripada semua pihak ketika itu, amat-amat dihargai...kini,semua itu sudah tinggal memori dalam hidupku...

Aku kembali semula ke dunia penulisanku walau sekadar menulis sekadar suka-suka sahaja demi mengisi waktu yang bersisa. Itupun, setelah sekian lama aku abaikan minat utamaku ini...semoga, dengan sisa-sisa usia yang masih berbaki ini, aku tidak akan bazirkan ia dengan hal yang sia-sia selain daripada meneruskan minatku untuk berkarya dengan cara dan gayaku sendiri...Insya-Allah..

Akhirkata untuk semua...salam subuh semoga redha Allah sentiasa bersama kita....aamiin..

-Nurza-
09 Mei 2013
05:39am.




No comments: