ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, May 22, 2013

CORAT-CORET UNTUK GURUKU.



Sempena dengan hari guru yang telah pun disambut pada tanggal 16 Mei 2013 yang lalu, dikesempatan ini ingin saya merakamkan penghargaan dan ucapan "Selamat Hari Guru" istimewa buat GB/Pengetua sekolah saya di SMKD dahulu iaitu GB cikgu Jamaluddin. Terima kasih cikgu kerana menjadi guru matematik dan pengetua terbaik bagi saya sepanjang menjadi anak murid cikgu. Kenangan menjadi "Assistant" cikgu di dalam kelas untuk subject matematik adalah kenangan yang paling manis bagi saya dan disebabkan tunjuk ajar cikgu juga, saya berjaya dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran walaupun tidak mendapat kelulusan cemerlang yang tip top untuk dibanggakan, namun  atas nasihat dan saranan cikgu saya mampu menyambung pelajaran ke SMPS ketika itu. Terima kasih sekalung budi, jasa cikgu amat-amat saya hargai.

Doa saya semoga cikgu diberikan kesihatan yang baik dan sejahtera selalu dalam meneruskan perjalanan hidup ini bersama keluarga tercinta.Ya Allah! rahmatilah semua guru-guruku tak kira di mana saja mereka berada, sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi. Naungilah mereka semua di bawah payung kasih-Mu...aamiin...


No comments: