ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, May 20, 2013

MUTIARA KATA : SIKAP (1)


"...Manusia yang sering melemparkan kata-kata kesat kepada orang lain semata-mata untuk menunjukkan betapa hebat dirinya, menuduh orang lain sombong, ego, bongkak, angkuh, degil dan sebagainya, TERNYATA antara sedar dengan tidak, bahawa telahan itu sebenarnya berbalik kepada dirinya sendiri yang secara tidak langsung mempamerkan sikap dan peribadinya yang suka mengeji dan hanya mampu melihat keburukkan orang lain sahaja, tetapi tidak melihat kelemahan dalam dirinya sendiri.

Ini
kerana mukmin yang sejati itu, adalah mukmin yang mampu menahan lidahnya dari mengeluarkan kata-kata kesat dan kotor. Mampu mengawal tingkah lakunya daripada perbuatan-perbuatan yang menyinggung perasaan dan hati sesama insan yang lain. BUKAN yang suka mencela dan mengeji. Oleh itu, cantikkanlah akhlak, perbaharui iman agar kita menjadi salah seorang mukmin yang sempurna akal fikiran dan waras tindakkannya...berfikir itu pelita hati jadi berfikirlah dahulu sebelum kita berkata-kata agar tiada penyesalan yang bertandang
setelah mengeluarkan kata-kata yang menyakiti...wajah secantik bidadari, hensem macamana pun, kaya bertimbun bukit harta jadi kebanggaan TAPI kalau mulut tak elok, celupar tak terkawal, perangai tak molek...lidah jahat...jangan harap orang nak hormat dan segan kat kita yerrr...semoga kita semua gunakan sebaik mungkin kurniaan Allah SWT terhadap diri kita untuk perkara yang baik...ada akal pakai...ada iman jaga..."

Bila hati terluka dek kata-kata,
-CT Nurza-
20 Mei 2013
02:28ptg.


*Ilham menjelma bila melihat wajah-wajah cencorot di depan mata...sedih...

No comments: