ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, May 13, 2013

PANTUN ANTI DADAH BERSAMA IKIMFM


Kain dibasuh sikain sutera,
Kain kasa rentang di khemah;

Dadah musuh utama negara,
Merosakkan bangsa menghancurkan ummah.

Beli sekati sibuah kana,

Buah ceri manisnya rasa;
Jangan dekati dadah durjana,
Nanti diri rosak binasa

Petai jawa di atas bukit,

Hijau warna banyak isinya;
Dadah membawa pelbagai penyakit,
Hidup merana sesal selamanya.

Cantik dan indah sulaman kerawang,
Hiasan labuci pelbagai warna;
Kerana dadah diri terbuang,
Hidup dibenci dicaci dihina.

-CT Nurza-

22 Mac 2009.

*Dicipta sempena Hari Dadah Kebangsaan dan dipilih sebagai "Pemenang Pantun Terbaik M
ingguan" untuk segmen pantun nasihat di Radio IKIMFM. Telah diterbitkan pada tanggal 29 Mac 2009.

Terima kasih IKIMFM.

12 comments:

Ann Hafiena said...

boleh buat rjukan nih ;)

CT Nurza ® said...

Ann...hehee kelakar jer dengar nak buat rujukan...semua nukilan2 dalam blog ni ditulis ssecara spontan je...tapi kalau sesuai nak ambil sebagai rujukan tu apa salahnya...boleh jer...:)

Mardhiah Zaaba said...

salam kak, saya nk guna pantun ni dibuat bunting utk gantung di kawasan sekolah kami (SMK Jengka 24) boleh? kami nak mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan. boleh ke?

CT Nurza ® said...

Waalaikumussalam adik Mardhiah...Terima kasih sudi singgah blog akak..silakan jika bersesuaian diguna pakai, dibenarkan...akak pun tinggal di sekitar Jengka juga sekarang ni...:)
Semoga Sekolah adik sukses ya!

Anonymous said...

boleh wt rujukan ni

®سيتي نور زا said...

Silakan... :)

Anonymous said...

MINTA COPY....

Fadzlina Zamani said...

Sangat menarik..tahniah kan.
Mohon dikongsi untuk rujukan..
Minta dihalalkan ye..
Terima kasih kak

Fadzlina Zamani said...

*tahniah kak

Fadzlina Zamani said...

Sangat menarik..tahniah kan.
Mohon dikongsi untuk rujukan..
Minta dihalalkan ye..
Terima kasih kak

®سيتي نور زا said...

Terima kasih kembali dik. Silakan jika ia bermanfaat. Mudah-mudahan karya kecil akak mampu membawa kebaikan untuk dunia dan akhirat akak dengan berkat doa dari semua... aamiin. Terima kasih sudi singgah blog akak... :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya nak copy nak letak dalam poster. Harap di halalkan. Terima kasih.