ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, May 10, 2013

PANTUN BUDI (1)


Assalamualaikum rakan-rakan yang dihargai...doa saya semoga anda semua berada dalam naungan dan limpah kurnia Allah SWT selalu hendaknya...kepada  rakan-rakan fb yang mengenali saya, mohon maaf kepada semua, kerana akaun facebook saya Nur Za telah pun ditutup dan dipadamkan semalam...

Rasanya, cukuplah hanya blog ini sahaja yang menjadi medan tempat saya menulis dan mengasah kreativiti minda saya secara bebas dan santai, asalkan otak tidak dibiarkan terus berkarat, berkeladak dan tidak boleh dipakai....kan?? hehehe...jadi biarlah saya berpantun, berpuisi n macam2 kat sini aje, asalkan hati gembira dan ceria selalu...


Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung dan menyinggah ke laman ini, biarpun tiada juadah dan menu-menu istimewa dapat disajikan di sini, tapi, santaplah apa yang ada dihidangkan yerrr...sekadar saja...sekali lagi..terima kasih sekalung budi..:)



-Nurza-
10 Mei 2013
04:21pm.



Banyaklah orang membeli ragi,
Raginya masam kuih takjadi;
Banyak wang berpangkat tinggi,
Sayangnya karam menabur budi.

Air dikendi tuang digelas,
Haus kedidi makan pulasan;
Kalau berbudi biarlah ikhlas,
Bukannya body menjadi balasan.

Tumbuh meliar pohon selada,
Di bawah titi makan kuaci;
Berbudi biar berpada-pada,
Takut nanti orang membenci.


Minta secawan air kelapa,
Makan pengat manis terasa;
Budi tuan tidak dilupa,
Tetap diingat sepanjang masa.


Makan pengat manis terasa,
Duduk dibangku jamu samosa;
Tetap diingat sepanjang masa,
Dalam doaku ke hadrat Yang Esa.


Tanam bendi di kebun salak,
Rebus sebelanga akar kemangi;
Indahnya budi baiknya akhlak,

Bagaikan bunga semerbak mewangi.

Nukilan,
-CT Nurza-
07 April 2013.
05:15 ptg.

No comments: