ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, May 16, 2013

PANTUN : SEMPENA HARI GURU 16 MEI 2013


Cantik bahasa sigadis desa,

Jinak merpati perilakunya;
Guru berjasa mendidik bangsa,
Hormati taati muliakan dirinya.

Jinak merpati perilakunya,
Bersulam tekat selendang suri;
Hormati taati muliakan dirinya,
Barulah berkat ilmu dipelajari.

Selendang suri corak beragi,
Manik menghiasi cantik sulamnya;
Guru bestari iltizamnya tinggi,
Penuh dedikasi melaksanakan tugasnya.

Manik menghiasi cantik sulamnya,
Dijual ke pekan aneka warna;
Penuh dedikasi melaksanakan tugasnya,
Demi melahirkan insan yang berguna.

Sumbu pelita menyala culas,
Di atas dulang duduk letaknya;
Takpernah dipinta jasa dibalas,
Kejayaan cemerlang itulah hadiahnya.

Penat berburu sungai disinggahi,
Bawa kelapa penuh sebaldi;
Hari guru hari menghargai,
Semoga taklupa jasa dan budi.

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
16 Mei 2013
12:51am.

*(Dedikasi khas untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya tak kira di mana saja berada...terima kasih cikgu...Selamat Hari Guru!)

53 comments:

Anonymous said...

salam...puan,
sy sangat suka nukilan2 puan.... sy nk minta izin untuk ambil pantun2 puan bg banner d pusat sumber sekolah saya.... sy akn kreditkn nama puan.

CT Nurza ® said...

Salam...
Terima kasih sudi singgah ke laman blog saya. Jika ada nukilan2 di sini yang bersesuaian untuk bahan pembelajaran, silalah ambil...saya izinkan...:)

Cattie_Kittie said...

Assalam....sy nk mintak kebenaran utk menggunakan pantun2 cik utk persembahan murid sy sempena hr guru.... boleh x ye?

CT Nurza ® said...

Waalaikumussalam...
Boleh je cikgu Cattie_Kittie. Terima kasih sudi tinggalkan jejak ya...:)

Anonymous said...

assalam saya nak minta cikgu nurza ntuk membuat sebuah pantun 4 bars untuk saya kerana saya inging memberikannya kepada guru saya pada 16 may .terima kasih

CT Nurza ® said...

Waalaikumussalam...
Akak bukan cikgu dik...akak Biasa2 je. Cuma hobi akak suka menulis..:)
Terima kasih sudi lawat blog akak. Nak bagi hadiah pantun kat cikgu ya?
boleh, Insya-Allah! ok, ni pantunnya...

Terbang merpati di sawah padi,
Damainya desa awan berarak;
Guru berbakti menyemai budi,
Jati diri bangsa dicanai dicorak.

maaf, cuma idea spontan sahaja. Jika sesuai bolehlah ambil ya...:)

azlita said...

Salam saya cikgu Azli memohon kebenaran puan meengambil pantun ini untuk kegunaan anak murid saya sempena Hari Guru.Tq

azlita said...

Salam saya cikgu Azli memohon kebenaran puan meengambil pantun ini untuk kegunaan anak murid saya sempena Hari Guru.Tq

CT Nurza ® said...

Salam cikgu Azli...boleh, saya benarkan... Terima kasih kembali...:)

Anonymous said...

Assalammualaikum kak ct Nurza saya mohd amin iqmal bin madarif dari sandakan sabah, dgn sepenuh hati meminta kpd cik utk membuatkan saya sebuah pantun utk hari guru esok diharap cik dpt membantu saya bagi pantun dua kerat pun boleh

Aqilah Ayuni said...

Salam harap boleh share dan dgunakn sempena hari guru ni..

CT Nurza ® said...

Salam, Adik Mohd Amin...ok, ni pantun utk adik ya...6 kerat boleh?..:)

Berselendang biru si ibu tua,
Selendang diberi hari ulangtahun;
Sebagai penghargaan susah dan jerih,
Hari Guru Hari Istimewa;
Ucapan diberi restu dipohon,
Semoga kejayaan dapat diraih.

Selamat Maju Jaya buat Adik Mohd Amin ya. Terima kasih sudi berinteraksi di sini...:)


CT Nurza ® said...

Salam Saudari Aqilah Ayuni...boleh, silalah share. Diizinkan..:)

Anonymous said...

mohon diizinkan untuk menggunakan pantun puan sempena hari guru ini.

CT Nurza ® said...

Silakan...:)

Anonymous said...

Terima kasih kak...

CT Nurza ® said...

Sama-sama...:)

Anonymous said...

as salam

akak mohon untuk copy pantun di atas. terima kasih.

Anonymous said...

salam..mohon izin puan untuk copy pantun buat kegunaan hari guru sekolah saya nanti...

CT Nurza ® said...

Waalaikumussalam...ok, boleh... silakan copy...

Anonymous said...

Salam Puan,
Mohon copy pantun 4 kerat terbang merpati.
Terima Kasih

CT Nurza ® said...

Waalaikumussalam...silakan...:)

Anonymous said...

Kak nurza, benarka saya mengambil dua dari pantun kakaknurza boleh tak?

CT Nurza ® said...

Boleh...ambil lah...:)

Anonymous said...

akak boleh tahan

CT Nurza ® said...

Apa yang boleh tahan tu dik?...:)

othman hashim said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalam, sy nk mintak kebenaran untuk guna pantun2 cik untuk ucapan hari guru. Harap cik izinkan

CT Nurza ® said...

Waalaikumussalam...
Boleh...silakan..terima kasih...:)

Shaidan Ariffin said...

Salam Cikgu CT,

pinjam ye pantun-pantun ni untuk persembahan Hari Guru.

Terima Kasih.

Shaidan Ariffin said...

Salam Cikgu CT,

Pinjam ye pantun ni untuk persembahan Hari Guru.

Terima kasih.

CT Nurza ® said...

Salam...saya bukan cikgu...pantun ni pun tercipta secara spontan sekadar penghargaan buat guru2 yang pernah memberikan ilmu kepada saya je...Terima kasih sudi layari laman blog saya...silakan...:)

Anonymous said...

Sedap pantun akak saya suka saya suka bak kata pepath mei mei terima kasih akak

Anonymous said...

hai adik adik buat apa boleh saya bantu

CT Nurza ® said...

Hai adik tanpa nama, salam juga dari akak ya...:)

Terima kasih sudi singgah ke blog akak yang tak seberapa ni. Kalau suka dengan pantun-pantun spontan akak kat sini, ambillah jika ingin diguna pakai. Akak izinkan...:)

Noru Azlina Nasir said...

Time kasih bagi idea.. kikiki
nanti jenjalan http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

®سيتي نور زا said...

Pn. Azlina...terima kasih sudi ziarah blog saya ya...hehehe...Insya-Allah! nanti ada kesempatan saya kunjung ziarah blog Puan juga...:)

Anonymous said...

Tq cik nurza kerana buat pantun ni..saya nak ambil skit pantun tu bleh???ni untuk pertandingan kad ucapan hari guru.....

®سيتي نور زا said...

Silakan...terima kasih sudi tinggalkan jejak di sini ya... :)

Anonymous said...

Kak...mohon share untuk kerja sekolah....Terima kasih....

®سيتي نور زا said...

Boleh...:)

Cikgu_Anie said...

Assalamualaikum...izinkan sy pinjam pantun ini ya...smg awak dimurahkan rezeki oleh Allah...tq ye

®سيتي نور زا said...

Waalaikumussalam Cikgu...
Terima kasih kerana mendoakan saya, Semoga doa yang baik-baik itu kembali jua dilimpahkan kepada cikgu. Jika pantun ini memberikan manfaat, silakan cikgu... berbesar hati saya izinkan... :)

Anonymous said...

salam..cikgu, saya nak pinjam pantun nie. sangat menarik untuk persembahan anak murid saya :) terima kasih

ROSLINA MAT NOR said...

assalam..
saya mohon share pantun saudari..
semoga saudari sentiasa dimurahkan rezeki..aamiin..
terima kasih..

®سيتي نور زا said...

Waalaikumussalam...
Terima kasih kerana sudi menyinggah di blog saya. Sebenarnya, saya ada tulis pantun hari guru yang terbaru untuk tahun 2015, silalah cari di link www.nukilan kreatif nurza ya, setiap kemaskini terbaru saya di blog ini... :)

Cik Roslina, Terima kasih mendoakan saya ya. Aamiin. Semoga dimakbulkan doanya oleh Allah.... :)

Anonymous said...

assalamualaikum .pantun² kak nurza ni bersesuaian untuk ucapan hari guru .. btw thanks kak sbb adenye blog ni saya dpt idea ucapan hari guru untuk diberikan kepada guru

Zainudin Haji Meon said...

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun


Tahniah kerana banyak idea. Boleh lawat blog saya di http://zainudinmeon.blogspot.my/

®CT Nurza said...

Waalaikumussalam adik tanpa nama... :)

Silalah datang lagi ke blog ini ya, jika dapat dikutip manfaatnya.

Terima kasih sudi berkunjung... :)

®CT Nurza said...

Assalamualaikum... Tn. Zainudin Haji Meon,

Terima kasih sekalung budi kerana sudi singgah ke laman blog saya yang tidak seberapanya ini. Alhamdulillah, kerana meninggalkan jejak. Amat-amat saya hargai. Saya akan berkunjung ke blog Tuan juga. Terima kasih sudi tinggalkan linknya di sini.

Selamat Hari Guru!

alif akmal said...

assalamualaikum..izinkan sya utk copy ye ^_^

ZAI MNOR said...

MOHON COPY YE :)

®CT Nurza said...

Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya Alif Kamal dan Zai Mnor... silakan...☺☺☺☺