ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, May 6, 2013

PANTUN SEMPENA PRU13


Pakai kebaya bersulam indah,
Tertanggal selendang jatuh ke tanah;
Pilihanraya berlangsung sudah,
Kepada yang menang laksanakan amanah.

Daun kari disiat-siat,
Berdecit unggas  di pohon keranji;
Kemenangan diberi pilihan rakyat,
Jalankan tugas tunaikan janji.

Daging disiat ikan dibelah.
Beras disimpan bergenggam antah;
Dampingi rakyat selami masalah,
Semoga harapan tidaklah patah.

Anyam palas ketupat raya,
Tingkah bertingkah lesung di sebelah;
Niat yang ikhlas pasti berjaya,
Mulakan langkah dengan bismillah.


Pohon pulasan tumbuhnya rendah,
Berbuah kundur kulitnya basah;
Segala keputusan diketahui sudah,
Lenalah tidur terhapuslah resah.

*Selamat maju jaya kepada YB2 baru yang memenangi kerusi masing2...semoga menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berwibawa, cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dijanji.

-CT Nurza-
06 Mei 2013  02:22am.

No comments: