ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, May 9, 2013

PANTUN SPONTAN : KHAS UNTUK IBU


Turun makan pipit di jalan,
Di tengah paya melingkar sawa;

Angin berpusar tepi telaga,
Ibu bukan sekadar panggilan;

Wanita mulia bertakhta di jiwa,
Jasanya besar tidak terhingga.


Angin berpusar tepi telaga,
Memasang denak dipohon kelapa;
Jasanya besar tidak terhingga,
Semoga anak takpernah lupa.

Sekah dahan ranting merata,
Pohon rambutan rimbun daunnya;
Ibu bertahan membesarkan kita,
Abaikan kesihatan demi anaknya.


Mari makan goreng cempedak,
Beli di pekan bersama cabai;
Terkadang makan terkadang tidak,
Kita diutamakan takpernah diabai.

-CT Nurza-
09 Mei 2013  10:09pm.


*Buat bonda dan ayahanda tercinta...semoga Allah sentiasa menaungi kalian dalam rahmat kasihnya...al-Fatihah!..

No comments: