ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, May 3, 2013

PUISI : KASANOVA CINTA


~ KASANOVA CINTA~
1 May 2013 at 11:15

Sekali sekala...

Wujud rasa sebal di dada
Melihat manusia hipokrit dan dusta
Berlakun di pentas dunia
Sebagai penyelamat wanita
Namun sebenarnya
Dialah sang kasanova perosak hawa
Pemusnah rumahtangga bahagia
Menyamar diri umpama sesumpah di dunia maya
Dengan pelbagai watak dan ceritanya

Wajah tampan dan kacak...
Tidak menjamin peribadinya mulia
Walau hebat dipandang mata
Bercakap kadang terlebih auta
Kononnya itulah fakta
Sedang semua itu rekaan semata
Demi menarik perhatian wanita
Sungguh malang bagi si dara
Andai mudah terpana dek tutur-katanya

Sedarlah kawan...
Walau pelbagai watak yang dilakunkan
Meski ramai yang hanya melihat dan berdiam
Tapi takbermakna kaurasa diri terlalu bijak
Walau sebenarnya memang kaubijak menipu
Namun perbuatanmu tetap dapat dihidu
Meskipun kaubersembunyi
Di sebalik topeng menjaring waktu

Ingatlah...
Apa yang kamu buat
Itu yang kamu dapat
Sepandai-pandai tupai melompat
Ke tanah jua jatuhnya
Insaflah...
Sudah-sudahlah!
Kaumenjadi kasanova Cinta.


~Nukilan spontan~
-CT Nurza-
01 Mei 2013 10:30am.
— at Di Kamar Rasa Tika Melihat Tingkah Laku Manusia.

No comments: