ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, May 14, 2013

PUISI : MANIS NAMAMU CINTA


Manis namamu cinta...
Tiada terucap di celahan sukma
Pada setiap jiwa yang bernadi
Menggepal robekkan perasaan
Rindu,bahagia dan derita

Namun...hanya sekadar mainan hati.

Manis namamu cinta...
Amat saujana interpretasinya
Cinta pada ketulan-ketulan hati
Cinta pada keagungan ilahi
Cinta pada kesempurnaan
Cinta pada keindahan
Cinta jua pada ketenangan

Manis namamu cinta...
Bakal tersirat suatu kepastian
Erti kemanisan yang sebenar
Di balik tabir al-Husna yang terungkap
Kepayahan jua yang tersimpuh
Untuk mencari cinta sejati
Lantaran cinta sesama insani
Akan punah dan hancur
Bilamana terkaram dan kecundangan

Manis namamu cinta...
Lebih indah dan nikmat
Andai tersulam di jambangan Rabul-Jalil
Sebagai persembahan percintaan abadi.

-CT Nurza-
1991.

*Diterbitkan di stesen Radio Satu RTM Kuala Lumpur tahun 1991 dalam segmen "Bisikkan Hati" oleh Juruhebah Zul Raidi Radzi.

No comments: