ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, May 9, 2013

PUISI : UBAH (PINJAM TAJUK PUISI RAKAN FB KU)


Ubahlah kemalasan menjadi kerajinan
Kerajinan untuk sentiasa berusaha
Berusaha untuk mendidik jiwa
Jiwa yang kuat untuk bersaing
Bersaing secara sihat dan aman
Aman daripada hasad dan sengketa

Sengketa yang memecah belahkan bangsa
Bangsa yang kita sayangi dan cintai
Cintai negara satu padukan rakyat
Rakyat bersatu bukti kecemerlangan
Kecemerlangan pimpinan pemimpin yang adil
Adil memerintah memegang amanah
Amanah digalas penuh tanggungjawab
Tanggungjawab disandang tanda kepercayaan
Kepercayaan rakyat jangan sesekali dikhianati
Bila dikhianati melayanglah undi.

Nukilan spontan,
-Nurza-
16 April 2013

*Sekadar menjawab dan membalas puisi rakan fb, ayahanda Pak Chu Sofian. Terima kasih Pak Chu sudi berpuisi bersama.

No comments: