ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, May 21, 2013

SYAIR : KASIH BERTAUT (ROSLAN MADUN)


SYAIR KASIH BERTAUT

(Disyairkan dengan irama narasi, di majlis perkahwinan Arniesha Azurin, anak kepada Roysham Noor, di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur, pada 18 Mei 2013)

Bismillah itu mula dikata

Meraikan pengantin di atas tahta
Anakanda Arniesha intan permata
Jodohnya Hafiz gagah perkasa

Kasih itu bak embun pagi
Suci bersih di dalam hati
Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi
Anyamlah cinta hingga ke mati

Hidup ini bagai pelayaran
Gelombang badai tidak ketahuan
Kadang rebut dan kadang taufan
Rumahtangga runtuhnya jangan

Pada Allah sentiasa berpaut
Lapangkan jiwa dari yang karut
Kasih biar sering bertaut
Semesra karang dengannya laut

Cinta sejati kepada Tuhan
Cinta suami rela berkorban
Cinta isteri tak basah dek hujan
Rumahtangga dipertahankan

Selamat menempuh hidup yang baru
Arniesha dan Hafiz jaga bahteramu
Doa restu ayah dan ibu
Diberkati Allah setiap waktu

Karya : Roslan Madun




*Kredit buat abg Roslan Madun untuk keizinan syair ini dimuatkan dalam blog saya...suka sangat ngan syair ni walaupun tak pandai nak bersyair tapi memang suka dengar syair...akan belajar tulis syair pulak lepas ni...Insya-Allah!...

No comments: