ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, May 12, 2013

TANPA IBU SIAPALAH KITA?

Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum semua...kepada rakan-rakan yang bergelar ibu..."Selamat Hari Ibu" semoga menjadi ibu mithali yang melahirkan generasi harapan negara yang terdidik akhlaknya dan akan menjadi lantera hidup yang menerangi dunia dan akhirat.

Tahniah! kepada rakan-rakan wanita yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi seorang ibu...anak-anak itu amanah Allah jadi, jagalah ia sebaik mungkin agar berbahagia dunia akhirat. Tidak semua wanita bernasib baik dianugerahi oleh Allah satu gelaran istimewa di hati seorang anak dan dimuliakan sebegitu tinggi martabatnya, maka hargailah kurniaan yang diberikan...didiklah anak-anak dengan sempurna semoga menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa mendoakan anda nantinya....aamiin..

Selamat hari ibu jua kepada bonda tercinta...salam al-fatihah dari anakanda kerana hari ini, tiada lagi tangan yang dapat anakanda salam dan cium seperti biasa...hanya doa dan al-fatihah yang dapat dikirimkan semoga roh bonda damai dan tenang dalam pelukan kasih-Nya...Insya-Allah! aamiin.

Tiada kata secantik bahasa
Ibu permata paling berharga
Tiada dua tiada tiga
Pengorbanannya besar tidak terhingga
Peranannya penting mendidik kita
Untuk menjadi insan berguna
Kepada bangsa dan jua negara
Sentiasa menabur budi dan jasa
Menjadi anak kebanggaan keluarga
Berbakti sentiasa kepada nusa
Selamat Hari ibu buatmu Hawa
Lantaran ibulah permata dunia.


-CT Nurza-
12 Mei 2013
03:13ptg.


No comments: