ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, June 30, 2013

ULASAN BUKU : AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA 2013

      Bismillahirrahmaanirrahiim...
      Sepanjang menggunakan internet dan sejak jadi 'akak google,' dah lama saya tak beli paper, sebabnya asyik duk baca berita-berita online jer...ari ni tak tau sebab apa tetiba cik abang sayang tergerak hati sangat nak belikan paper2 ni semua untuk saya, mungkin dia tau isterinya ini memang ulat buku, majalah n paper....kalau hari ahad macam ni abis semua gayanya paper2 kat kedai tu nak diborongnya dan dibeli bagi kat saya...ahaha...rupa2nya dalam pada duk selak2 cari informasi best yang saya minat dan teruja duk baca macam2 berita yang disiarkan, mak aihhh...terjumpa pulak artikel yang ni kat Laman Ulasan Buku, Mingguan Malaysia edisi Ahad 30.06.2013....

       Artikel ini tulisan Dr. Aminuddin Mansor...twittttttttttttt...bulat jap biji mata ni bila tengok nama tertulis kat situ dan buku tu cam kenal jer...ohoho...memang kenal sangat pun ngan buku tu...hehehe...apa pun terima kasih ketengahkan buku ini untuk diulas dan terima kasih n Tahniah juga buat abg Lan (Roslan Madun) yang menyelenggarakan buku ni kerana turut sudi memuatkan karya saya di sini...syukran!..:)
Untuk membaca artikel, sila klik pada gambar... 
 

Terbitan Akhbar Mingguan Malaysia 30.06.2013 di ruangan Ulasan Buku.

NTAH APA-APA NTAH????


       
Haish, peningnya kepala pepagi ni bila otak tepu dan beku sesaja. Bos suruh tulis artikel, siapkan segmen-segmen khas untuk isu terbaru bagi majalah baru yang bakal terbit tak lama lagi, tapi aku kat sini duk layan jiwa bersyair berpuisi bagai...ntah apa-apa ntah....hehehe....maafkan saya bos...!! tak tahulah kenapa kali ini mood saya ala-ala hilang ghaib aje. Laptop nih pulak asyik duk meragam buat hal. Tak taulah kenapa, kebelakangan ni laptopku asyik sakit sana, sakit sini je sampai masuk wad semalaman, tapi setelah dirawat oleh Doktor pakar pun, dia masih duk kena stroke tiba-tiba...ni semualah jadi punca kepeninganku...uhuhuhu...

       Pantanglah tu bila tengok purse kita cam berisi jer sikit, laptop pun mulalah nak mintak tukar baju baru, kasut baru semua...uishhhh...sakit betul jiwa...kita baru jer plan nak buat kebajikan sikit, tapi awal-awal lagi laptop dah mintak derma dulu untuk kebajikan dia...mak aihh...tak leh blah punya laptop nih...nak suruh say gud bye la tu kat dia gamaknya tak lama lagi...kannnn???...tak pelah jika itu yang dimahukannya...tapi jasamu akan tetap dikenang kerana terlalu banyak mencurah bakti sejak berada di sisiku...Terima kasih laptopku sayang!!

       Harap-harap, hari ni ilhamku meluncur laju bagaikan titisan hujan yang sedang turun dengan lebatnya ketika ini...syukur, alhamdullah! hujan lebat ini membawa rahmat kerana ia merupakan di antara waktu-waktu paling mustajab untuk berdoa...semoga Allah, memakbulkan doaku...kepada kekawan yang dah terjaga dari tidur tu....jom kita luangkan waktu untuk betahajjud dan berdoa kepada-Nya jap. Saya pun dah tidur awal tadi, jadi terlanjur dah  tak boleh nak pejam mata ni, mohlah kita bentang-bentang sejadah sama untuk sujud seketika, sebagai  tanda syukur di atas segala Rahmat dan nikmatnya untuk kita...moh kekawan mohh!...hehehe....

       Jumpa lagi...salam tahajjud!...:)

SYAIR LAGENDA : KISAH MAHSURI - PERCUBAAN PERTAMA MENCIPTA SYAIR (1)


Tersebutlah kisah seorang Puteri,
Puteri Langkawi jolokkan diberi,
Lahirnya Puteri di sebuah negeri,
Cantik rupawan itulah Mahsuri.

Bermula cerita Mahsuri dilahirkan,
Si kerak nasi ibu termakan,
Di sawah padi kerak ditemukan,
Diambil si ibu lalu dimakan.

Selepas itu si Ibu pun hamil,
Lahirlah Puteri yang sangat comel,
Parasnya cantik elok dan mungil,
Cukup  sifatnya sebagai insan kamil.

Pak Andak Maya nama Ayahanda,
Mak Endah Alang itulah Bonda,
Berketurunan Siam asal Ayahanda,
Dikurniakan Wan Aris  sebagai Anakanda.

Kejelitaan Mahsuri menjadi sebutan,
Hingga dicemburui masyarakat tempatan,
Mahsuri ditatang laksana intan,
Diasuh Bondanya dengan adab sopan.

Sesudah dewasa Mahsuri dikahwinkan,
Dengan seorang pemuda tempatan,
Anak kepada wakilnya Sultan,
Orangnya kacak hebat dan tampan.

Wan Mahura bonda mertuanya,
Cemburukan Mahsuri cantik darinya,
Kepada Mahsuri sakit hatinya,
Bermacam cerita sanggup disebarnya.

Tatkala Wan Derus dihantar pergi,
Tinggallah Mahsuri seorang diri,
Hiba hatinya tidak terperi,
Ke pangkuan Bonda membawa diri.

Penuh setia suami dinanti,
Ke Medan perang mencurah bakti,
Walangnya rasa di dalam hati,
Menunggu suami pulang ke sisi.

Suatu hari seorang pedagang,
Bernama Deramang datang bertandang,
Pandai bersyair pandai berdendang,
Ke rumah Mahsuri Deramang diundang.

Suara Deramang sangatlah merdu,
Bagai alunan buluh perindu,
Bila bersyair orang terpaku,
Amat dikagumi kehebatannya itu.

Semakin hari semakin masyhur,
Mendendangkan syair sebagai penglipur,
Siapa mendengar pasti terhibur,
Mampu membuat orang  tertidur.

Oleh kerana  hatinya hitam,
Mahura  melepaskan cemburu dendam,
Difitnah Mahsuri sangatlah  kejam,
Lantaran kesumat yang tak pernah padam.

Tiadalah sempat membela diri, 
Mahsuri dan Deramang ditangkap lari,
Padang Mat Sirat menjadi saksi,
Di sebatang pokok diikat sekali.

Bertubi-tubi tombak menikamnya,
Tetapi  gagal menembusi tubuhnya,
Kerana seksa rahsia dibukanya,
Hanya tombak sakti dapat membunuhnya.

Sebelum  dibunuh Mahsuri bersumpah,
Tujuh keturunan pasti akan musnah,
Utusan perang semuanya rebah,
Putih darahnya mengalir ke Tanah.

 Nukilan,
-CT Nurza-
2011-2012

 
*Sebenarnya syair 16 rangkap ini telah dicipta untuk menyertai "Pertandingan Mencipta Syair Lagenda" di "Radio Malaysia Klasik Nasional," namun atas sebab-sebab tertentu ia terlewat untuk di hantar... maka, saya terpaksalah peram dalam peti simpanan kerana malu untuk dipaparkan di sini. Memandangkan syair ini adalah syair pertama dan terakhir pernah saya tulis dan cipta tanpa pernah belajar secara khusus cara menulis syair...jadi, ia cuma mampu menjadi syair berkaratz saya sahaja...haha...tak tahulah ini boleh dipanggil syair ataupun tidak...hanya sekadar untuk hiburan dan koleksi sendiri.

Al-fatihah untukmu Mahsuri, insan suci yang teraniaya lantaran fitnah & kejahatan manusia. Semoga Allah tempatkan dirimu di syurga. Aamiin...

*Jauhilah Fitnah kawan-kawan...terlalu besar dosanya...bacalah al-Quran surah an-Nur keseluruhannya, kerana di situ ada menceritakan tentang bahayanya dosa fitnah dan segala-galanya...Nau'zubillah! jagalah lidah dan hati dengan baik. Sayangilah lidah yang Allah beri untuk menuturkan ayat-ayat suci bukan disalahgunakan untuk menghina, menyakiti dan menfitnah orang lain...masya-Allah!

Friday, June 28, 2013

SEKADAR CORETAN : SKRIP OH SKRIP!

Alhamdulillah...syukurrr...!!

       Akhirnya...berjaya juga aku menyiapkan skrip radio 15 minit  yang telah terkantoi sebelumnya sebab tersilap sinopsis dan setting...uhuhuhu...dah emel kat penerbit, baru aku perasan sinopsis aku silap taip pulak, BERBEZA dengan dialog yang aku tulis...hehehe...teramatlah kelakarnya bila bukak dan baca balik emel yang aku dah terhantar tu...maka dengan perasaan yang malu tak terkata dan rasa rendah hati, aku beranikan diri untuk memohon maaf kepada pihak penerbit di atas kesilapan tersebut. Alhamdulillah, respondsnya positif, malah tanpa dijangka penerbit sudi pula melayangkan emel iringan untukku, dengan memberikan contoh skrip sebenar yang diperlukan dan mengikut format siaran di radionya.

        Dengan tak semena-mena, dapat lagi aku ilmu dalam penulisan skrip untuk drama radio...syukur, alhamdulillah sekali lagi...Ya Allah!...ya laaa....dulu waktu aku belajar, formatnya lain...jadi, aku pun tulis la ikut format aku belajar jer, rupanya, format yang digunakan oleh stesen radio tu sekarang, ala-ala format tulis skrip filem dan TV yang pernah aku belajar dengan Allahyarham Aimi Jarr la pulak....ohoho...dulu zaman-zaman lepas sekolah pantang ada kursus penulisan, semua aku ambik peluang walaupun terpaksa belajar gaya pos dan habiskan duit elaun semata-mata untuk bayaran kursus-kursus tersebut...punyalah minat dan nak cari ilmu...macam-macam dugaan dan ujian yang aku tempuh...duit aku kena telan dengan penganjur2 kursus pun ada. Tapi nota-nota kursus yang dijanjikan kepadaku sampai ke sudah tak dikirim...malang sungguh nasibku waktu itu...menangis tak henti-henti duit habis ilmu tak dapat...hahaha...teruk betul!

       Sehingga kini,  bila aku tengok nama badan Karyawan yang menganjurkan kursus gaya pos yang pernah aku ikuti dulu tu, aku jadi hilang percaya. Malah bila nama persatuan itu added aku jadi rakan di facebook, hati aku tawar setawar-tawarnya, bahkan, tak tergerak langsung hatiku nak approve jadi rakanku, lantaran teringatkan duit aku yang ditipu...sedih teramat sedih!...mujurlah fbku itu telah pun ditutup  sebulan lepas dan sudah kuhapuskan dari dunia maya...jadi tiadalah lagi insan-insan penipu yang menyakitkan hatiku muncul kembali di depan mata...manalah aku tak sedih, masa tu aku baru je lepas sekolah...nak kerja pun pengalaman tak ada...lepas tu,kerja pun sekadar dapat elaun bulanan yang tak seberapa. Tu pun sebab aku suka curi-curi tolong member aku melukis batik canting dan menganyam rotan untuk dibuat barang-barang kraftangan sebagai produk kraf hasil keluaran kampungku....hahaha....curi punya curi belajar melukis, akhirnya tertangkap la sudah dengan bos kawanku...apalagi, pucat lesi la dibuatnya tak boleh nak lari sebab kat tanganku penuh dengan warna-warna yang aku pegang untuk melukis dan...

      Dipendekkan cerita...big boss kawan aku bersama guru seni yang bertanggungjawab mengajar mencanting batik lukis di bengkel kraftangan kampungku itu, akhirnya memanggil aku mengadap mereka...aiseyman...abis kantoi segala aktiviti seni aku selama itu akibat belajar curi-curi dengan beraninya....hohoho....akhirnya dengan rasa menggigil, skru lutut pulak bagai nak tercabut serta sendi-sendi yang terasa seakan2 longgar, aku terpaksa juga tebalkan muka, kuatkan semangat untuk berdepan dengan mereka bagi menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan....namun, tekaanku meleset sama sekali...aku disambut dengan baik dan mesra oleh big bos kawan aku. Huhhh!!!..leganya hati tak terkira. Setelah dipersilakan duduk, big bos kawan aku bersama cikgu seni di bengkel tu, mula bertanyakan aku tentang apa yang aku lakukan di situ. Dengan wajah yang merona merah menahan malu, mengingatkan apa yang telah kubuat, aku cuba sedaya upaya tenangkan hati menjawab satu persatu soalan yang diajukan dan....

       Disebabkan aku melakukan semua itu kerana minat dan kesungguhan yang tinggi, akhirnya...aku ditawarkan bekerja sambilan sebagai pelukis/pewarna batik canting kat bengkel tu....haaa...sungguh tak sangka rupa-rupanya sepanjang aku beraktiviti curi-curi belajar melukis kat situ rupanya kerja aku dipantau, diteliti dan dinilai tanpa sedar oleh cikgu Z, yang aku sangkakan dia tak tahu apa pun yang aku buat kat situ...ehehehe....al-maklumlah, time dia datang bagi tugasan kat kawan-kawanku yang memang bekerja di situ, aku selalu buat-buat bodoh macam aku tak tau apa pun pasal kerja diorang....tapi, ohohoh...perkiraan aku silap...malunya aku pada cikgu Z....rupanya dalam diam-diam dia mengintip aku pergi tolong kawan-kawan aku kat situ...dan kerana lapuran cikgu Z itu jugalah aku ditawarkan bekerja  secara sambilan oleh big bos kawanku...alhamdulillah...so, kat situlah mula-mula aku mengutip pengalaman bekerja untuk aku belajar sesuatu, lebih-lebih lagi berhadapan dengan orang ramai...aku tak kisah pun kerja apa masa tu janji aku dapat pengalaman sebab aku tak suka buang masa dengan sia-sia.

      Makanya...dengan hasil titik peluh aku melukis di bengkel itulah, aku dapat rasa pakai baju yang aku lukis sendiri, aku ada duit poket sendiri untuk belajar macam-macam yang aku minat, samada pergi secara terus mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri ataupun mengikuti kursus2 penulisan secara pos. Keluargaku langsung tak tahu menahu aktiviti penulisanku yang juga aku lakukan secara sembunyi-sembunyi  sejak dibangku sekolah lagi tanpa pengetahuan sesiapa, kecuali hanya kawan-kawan baikku sahaja. Sebabnya... aku ni seorang yang pemalu.... ahaha...sehinggalah suatu hari rahsia besar aku terbongkar dengan hebatnya bilamana, abang posmen menghantar berguni-guni kad raya dan surat2 serta hadiah-hadiah kemenanganku dalam pertandingan-pertandingan mengarang yang aku sertai diam-diam, selain daripada hadiah yang dikirimkan khas oleh peminat-peminat misteriku di luar negara, setiapkali mereka terbaca karya-karyaku tersiar di corong radio dan terpapar di dada akhbar...hahaha...bila rahsia dah terbongkar dan seluruh keluargaku tahu, yang aku amat minat dalam dunia penulisan maka, mereka semua akhirnya terpaksa akur dan menerima hakikat yang aku tak boleh hidup tanpa duniaku ini...hehehe...

      kini, aku mendapat restu daripada keluargaku sepenuhnya...anak-anak saudara kesayanganku sentiasa memberikan semangat dan sokongan...tak perlu lagi aku nak sorok-sorok menulis dan simpan hadiah-hadiah yang aku menang dari penglihatan mereka, disebabkan takut rahsia dan aktivitiku ini terbongkar...hihihi....namun begitu, aktiviti penulisanku pernah terhenti seketika selepas aku berkahwin, berpindah dan berkerja di Shah Alam lantaran kesibukkan tugasku di sebuah farmasi sebagai pembantu eksekutif akaun yang mana setiap hari situasi di ofisku, bagaikan berada di atas lahar gunung berapi kepanasan, akibat berdepan dengan ketuaku yang panas baran dan karenah pelanggan (Doktor-doktor) yang liat membayar hutang. Mangsanya...akulah yang kena sumbat telinga hari-hari sebab segala urusan akaun syarikat disangkut kat bahuku sepenuhnya oleh ketuaku....huhuhu...

       Pendekkata aku tak de masa langsung nak bersenang lenang atau rehat sesuka hati macam eksekutifku itu...tugasan yang dibebankan kepadaku ngalahkan aku ni robot yang pickup dan tak tahu penat. Namun begitu, bila pulang ke rumah, aku tetap akan cari ruang untuk menulis dan berkarya di radio mahupun majalah, mengikut kesempatan yang aku ada...Meskipun agak jarang, tapi aku tetap berkarya kerana itulah jiwaku yang sebenarnya!

      Sekarang...syukur, alhamdulillah! sejak aku berhenti kerja kerana mengikut suamiku berpindah, aku banyak mengisi masa lapangku dengan aktiviti-aktiviti seni dan penulisanku yang tertunda sebelum ini. Tambahan pula bila aku berjaya dalam permohonan dan mendapat tawaran menulis di majalah Ik juga sebuah lagi majalah baru yang bakal terbit tidak  lama lagi, justeru aku bersyukur sangat-sangat kepada Ya Rabbi, kerana merestui perjuanganku.
 

       Oleh itu...aku akan cuba berusaha memberikan sepenuh tumpuan, masa dan tenagaku untuk melakukan sesuatu yang terbaik, demi minat dan cita-citaku yang pernah terkandas suatu masa dahulu. Peluang dan ruang yang aku miliki kini, tak akan aku persia-siakan selagi Allah SWT memberikan aku ilham dan fikiran yang baik untuk terus menulis. Terima kasih my chief editor, rakan dan ketua yang banyak memberikan sokongan dan kepercayaan untukku dalam menggalas amanah yang dipertanggung jawabkan kepadaku selama ini. Tanpa kepercayaan, tak mungkin aku mampu membuktikannya hingga ke hari ini!

       Terima kasih sekalung budi juga buat editor-editor majalah fardu Ain, majalah Solusi dan majalah-majalah lain juga yang sudi memberi ruang dan menerima karya-karya dan artikel saya...budi baik kalian semua akan tetap saya kenangi dan ingati...Insya-Allah!

Salam subuh untuk semua... Assalamualaikum!



Thursday, June 27, 2013

ERTI SEBUAH KEGAGALAN!!


                                      Bismillahirrahmanirrahiim...


       Kegagalan itu menyedarkan aku, betapa tidak semua usaha kita akan membuahkan kejayaan. Walaupun telah jerih dan penat bersusah payah berusaha melakukan yang terbaik. NAMUN, jika tiada keizinan dari-NYA, segala usaha tetap tidak akan menjadi. Itulah DUGAAN... Tetapi aku yakin, setiap ujian-NYA pasti AKAN memberikan 1001 hikmah kepada diri, andai kita mampu menerimanya dengan tabah, sabar dan redha, biarpun hakikatnya hati teramat kecewa dan hampa.
 
      Kini baru aku sedari, jalan denai yang dulunya pernah ditutup untuk kurentasi, rupanya kini menjadi Highway yang paling indah untuk aku lalui dengan mudah dan selamat.

 
      Terima kasih Ilahi, lantaran memberi kembali sesuatu yang lebih baik untuk diriku, bagi merawat hati yang pernah kecewa suatu ketika dahulu. Sesungguh-Nya nikmat-Mu tidak terhitung banyaknya, andai aku sedar dan bersyukur setiap waktu.

       Nafas yang kau anugerahi kini, adalah nafas baru yang membuatkan aku mampu berlari lebih laju dan pantas, tanpa halangan lagi seperti satu waktu dahulu..Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!...syukur, Alhamdulillah!


       Dengan izin-Mu, kini permudahkanlah segala-galanya untukku, agar aku dapat terus melangkah jauh ke hadapan dalam mengejar dan menggapai kembali bintangku yang pernah hilang dan sirna suatu masa dahulu.


       Sesungguh-Nya, hanya kepada-Mu aku bermohon, kerana Kau-lah yang Maha Berkuasa dari segala Yang Berkuasa...Hasbunall
ah huwanik'mal wakil...aamiin...Insya-Allah!
 
-CT Nurza-
 19 Jun 2013
12:50tgh.


*Kredit khas buat grafik hiasan penemuan Atok googleku sayang!...:)

Wednesday, June 26, 2013

SOLUSI : TEMAN SETIAKU KALA BERSENDIRI

Menjadikanmu teman setiaku...hatiku terisi dengan ilmu. Terima kasih SOLUSI kerana sudi menerima dan menyiarkan komentarku di sini.


Komentar Khas untuk Respons Pembaca :-


Wednesday, June 19, 2013

MOTIVASI KHAS UNTUK DIRI SENDIRI



KEMALASAN...Memusnahkan impian
KERAJINAN...Menapakkan kejayaan
KEKUATAN...Memberikan semangat dan kesedaran
KEYAKINAN...Menyerlahkan harapan
KEPATUHAN...Membuktikan keupayaan
KEJUJURAN...Memiliki perisai segala kepercayaan
KEIKHLASAN...Mendapat penghargaan
KESABARAN...Keberhasilan dan kemanisan
KEIMANAN...Itulah pohon-pohon ketaqwaan


-CT Nurza-
18 Jun 2013
03:45ptg.

*Kredit untuk grafik hiasan : Carian atok Google..:)


Friday, June 14, 2013

SYAIR SUNGAI PETANI - ROSLAN MADUN


Roslan Madun


SYAIR SUNGAI PETANI

Dengan Bismillah mula karangan,
Syair ini hamba nukilkan,
Sekadar untuk jadi ingatan,
Kita bertemu cari pedoman.

Sungai Petani tempat tumpuan,
Para seniman para ilmuan,
Kita berkongsi ilmu pengetahuan,
Untuk generasi di masa depan.

Walau sedikit yang kita dapat,
Ia tetap jadi azimat,
Semoga kerja jadi ibadat,
Diberikan Allah rahmat dan berkat.

Sungai Petani menjadi indah,
Ada mesra dalam berhujah,
Bukan kita mencari salah,
Tapi pengalaman hendak ditambah.

Tugas berat di bahu kita,
Membina keterampilan generasi muda,
Kalau silap rosaklah mereka,
Tumbanglah benteng harapan bangsa.

Pertemuan ini sangat bermutu,
Banyak perkara dapat diramu,
Di kelas nanti sangat membantu,
Jadilah pendidik yang nombor satu.

Karya : Roslan Madun

Hotel Park Avenue Sg Patani
14 Jun 2013