ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, June 7, 2013

ARTIKEL EPML : ADAB BERSAHABAT


Petua Menjaga Perhubungan dalam Sebuah Persahabatan

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan anda dan sahabat anda saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jangan terlalu celupar atau mengkritik. Kita sendiri tidak semestinya baik dan betul.

3 . Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat.

4 . Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya jangan ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isterinya.

6 . Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri. Diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu sibuk dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanyamenyekat perhubungan dengan insan lain.

10 . Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

*Gambar Hiasan : Sumber carian atok googleku...tq, atok...:)

*Sumber Petikan Artikel: Kredit untuk page
ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYULAMA

No comments: