ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, June 10, 2013

PETIKAN KATA-KATA MOTIVASI UNTUK DIRI



DR. HM Tuah Iskandar al-Haj

“GREAT WORK IS DONE BY PEOPLE, WHO ARE NOT AFRAID TO BE GREAT” Tidak semestinya orang yang mendapat kelulusan yang tinggi itu pandai, mungkin ramai lagi yang tak dapat kelulusan yang baik tapi lebih pandai daripada orang yang yang mendapat kelulusan cemerlang itu... Ingat! Hidup ibarat roda. Hari ini mungkin kita di atas, esok, mungkin kita di bawah.... Fikir-fikirkanlah....

Zaharuddin.net
Imam As-Syafie berkata :
إذا نطق السفيه فلا تجبه ... فخير من إجابته السكوت
Ertinya : Apabila berkata kepadamu orang ‘safih' ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya...maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap.

Zaharuddin.net
Di bawah suasana perasaan tertekan wanita bercakap tanpa berfikir, lelaki pula bertindak tanpa berfikir. Kesannya, 90% lelaki ke penjara, manakala 90% yang bertemu perunding terapi professional adalah wanita. Justeru, tahanlah bercakap dan bertindak semasa di bawah tekanan perasaan, ia banyak memudaratkan.

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Petua Untuk Menghindari Fitnah

1. Elakkan diri kita daripada mencampuri orang yang suka gosip.
2. Jika sampai juga fitnah pada diri kita, periksa dahulu. Jangan melulu, bertenang dan sabar.
3. Mohon perlindungan Tuhan: Baca Doa - Ayatul Kursi semasa keluar dan masuk rumah. Ayat Tawakkal semasa keluar rumah. Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 3 kali sebelum tidur.
4. Jangan kita terperangkap dengan menjadi juru fitnah, pembawa fitnah, dan menyambung fitnah.
5. Banyak berdoa mohon pada Tuhan. Cari jalan keluar. Minta nasihat dari sahabat-sahabat yang baik amalnya.

No comments: