ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, June 28, 2013

SEKADAR CORETAN : SKRIP OH SKRIP!

Alhamdulillah...syukurrr...!!

       Akhirnya...berjaya juga aku menyiapkan skrip radio 15 minit  yang telah terkantoi sebelumnya sebab tersilap sinopsis dan setting...uhuhuhu...dah emel kat penerbit, baru aku perasan sinopsis aku silap taip pulak, BERBEZA dengan dialog yang aku tulis...hehehe...teramatlah kelakarnya bila bukak dan baca balik emel yang aku dah terhantar tu...maka dengan perasaan yang malu tak terkata dan rasa rendah hati, aku beranikan diri untuk memohon maaf kepada pihak penerbit di atas kesilapan tersebut. Alhamdulillah, respondsnya positif, malah tanpa dijangka penerbit sudi pula melayangkan emel iringan untukku, dengan memberikan contoh skrip sebenar yang diperlukan dan mengikut format siaran di radionya.

        Dengan tak semena-mena, dapat lagi aku ilmu dalam penulisan skrip untuk drama radio...syukur, alhamdulillah sekali lagi...Ya Allah!...ya laaa....dulu waktu aku belajar, formatnya lain...jadi, aku pun tulis la ikut format aku belajar jer, rupanya, format yang digunakan oleh stesen radio tu sekarang, ala-ala format tulis skrip filem dan TV yang pernah aku belajar dengan Allahyarham Aimi Jarr la pulak....ohoho...dulu zaman-zaman lepas sekolah pantang ada kursus penulisan, semua aku ambik peluang walaupun terpaksa belajar gaya pos dan habiskan duit elaun semata-mata untuk bayaran kursus-kursus tersebut...punyalah minat dan nak cari ilmu...macam-macam dugaan dan ujian yang aku tempuh...duit aku kena telan dengan penganjur2 kursus pun ada. Tapi nota-nota kursus yang dijanjikan kepadaku sampai ke sudah tak dikirim...malang sungguh nasibku waktu itu...menangis tak henti-henti duit habis ilmu tak dapat...hahaha...teruk betul!

       Sehingga kini,  bila aku tengok nama badan Karyawan yang menganjurkan kursus gaya pos yang pernah aku ikuti dulu tu, aku jadi hilang percaya. Malah bila nama persatuan itu added aku jadi rakan di facebook, hati aku tawar setawar-tawarnya, bahkan, tak tergerak langsung hatiku nak approve jadi rakanku, lantaran teringatkan duit aku yang ditipu...sedih teramat sedih!...mujurlah fbku itu telah pun ditutup  sebulan lepas dan sudah kuhapuskan dari dunia maya...jadi tiadalah lagi insan-insan penipu yang menyakitkan hatiku muncul kembali di depan mata...manalah aku tak sedih, masa tu aku baru je lepas sekolah...nak kerja pun pengalaman tak ada...lepas tu,kerja pun sekadar dapat elaun bulanan yang tak seberapa. Tu pun sebab aku suka curi-curi tolong member aku melukis batik canting dan menganyam rotan untuk dibuat barang-barang kraftangan sebagai produk kraf hasil keluaran kampungku....hahaha....curi punya curi belajar melukis, akhirnya tertangkap la sudah dengan bos kawanku...apalagi, pucat lesi la dibuatnya tak boleh nak lari sebab kat tanganku penuh dengan warna-warna yang aku pegang untuk melukis dan...

      Dipendekkan cerita...big boss kawan aku bersama guru seni yang bertanggungjawab mengajar mencanting batik lukis di bengkel kraftangan kampungku itu, akhirnya memanggil aku mengadap mereka...aiseyman...abis kantoi segala aktiviti seni aku selama itu akibat belajar curi-curi dengan beraninya....hohoho....akhirnya dengan rasa menggigil, skru lutut pulak bagai nak tercabut serta sendi-sendi yang terasa seakan2 longgar, aku terpaksa juga tebalkan muka, kuatkan semangat untuk berdepan dengan mereka bagi menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan....namun, tekaanku meleset sama sekali...aku disambut dengan baik dan mesra oleh big bos kawan aku. Huhhh!!!..leganya hati tak terkira. Setelah dipersilakan duduk, big bos kawan aku bersama cikgu seni di bengkel tu, mula bertanyakan aku tentang apa yang aku lakukan di situ. Dengan wajah yang merona merah menahan malu, mengingatkan apa yang telah kubuat, aku cuba sedaya upaya tenangkan hati menjawab satu persatu soalan yang diajukan dan....

       Disebabkan aku melakukan semua itu kerana minat dan kesungguhan yang tinggi, akhirnya...aku ditawarkan bekerja sambilan sebagai pelukis/pewarna batik canting kat bengkel tu....haaa...sungguh tak sangka rupa-rupanya sepanjang aku beraktiviti curi-curi belajar melukis kat situ rupanya kerja aku dipantau, diteliti dan dinilai tanpa sedar oleh cikgu Z, yang aku sangkakan dia tak tahu apa pun yang aku buat kat situ...ehehehe....al-maklumlah, time dia datang bagi tugasan kat kawan-kawanku yang memang bekerja di situ, aku selalu buat-buat bodoh macam aku tak tau apa pun pasal kerja diorang....tapi, ohohoh...perkiraan aku silap...malunya aku pada cikgu Z....rupanya dalam diam-diam dia mengintip aku pergi tolong kawan-kawan aku kat situ...dan kerana lapuran cikgu Z itu jugalah aku ditawarkan bekerja  secara sambilan oleh big bos kawanku...alhamdulillah...so, kat situlah mula-mula aku mengutip pengalaman bekerja untuk aku belajar sesuatu, lebih-lebih lagi berhadapan dengan orang ramai...aku tak kisah pun kerja apa masa tu janji aku dapat pengalaman sebab aku tak suka buang masa dengan sia-sia.

      Makanya...dengan hasil titik peluh aku melukis di bengkel itulah, aku dapat rasa pakai baju yang aku lukis sendiri, aku ada duit poket sendiri untuk belajar macam-macam yang aku minat, samada pergi secara terus mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri ataupun mengikuti kursus2 penulisan secara pos. Keluargaku langsung tak tahu menahu aktiviti penulisanku yang juga aku lakukan secara sembunyi-sembunyi  sejak dibangku sekolah lagi tanpa pengetahuan sesiapa, kecuali hanya kawan-kawan baikku sahaja. Sebabnya... aku ni seorang yang pemalu.... ahaha...sehinggalah suatu hari rahsia besar aku terbongkar dengan hebatnya bilamana, abang posmen menghantar berguni-guni kad raya dan surat2 serta hadiah-hadiah kemenanganku dalam pertandingan-pertandingan mengarang yang aku sertai diam-diam, selain daripada hadiah yang dikirimkan khas oleh peminat-peminat misteriku di luar negara, setiapkali mereka terbaca karya-karyaku tersiar di corong radio dan terpapar di dada akhbar...hahaha...bila rahsia dah terbongkar dan seluruh keluargaku tahu, yang aku amat minat dalam dunia penulisan maka, mereka semua akhirnya terpaksa akur dan menerima hakikat yang aku tak boleh hidup tanpa duniaku ini...hehehe...

      kini, aku mendapat restu daripada keluargaku sepenuhnya...anak-anak saudara kesayanganku sentiasa memberikan semangat dan sokongan...tak perlu lagi aku nak sorok-sorok menulis dan simpan hadiah-hadiah yang aku menang dari penglihatan mereka, disebabkan takut rahsia dan aktivitiku ini terbongkar...hihihi....namun begitu, aktiviti penulisanku pernah terhenti seketika selepas aku berkahwin, berpindah dan berkerja di Shah Alam lantaran kesibukkan tugasku di sebuah farmasi sebagai pembantu eksekutif akaun yang mana setiap hari situasi di ofisku, bagaikan berada di atas lahar gunung berapi kepanasan, akibat berdepan dengan ketuaku yang panas baran dan karenah pelanggan (Doktor-doktor) yang liat membayar hutang. Mangsanya...akulah yang kena sumbat telinga hari-hari sebab segala urusan akaun syarikat disangkut kat bahuku sepenuhnya oleh ketuaku....huhuhu...

       Pendekkata aku tak de masa langsung nak bersenang lenang atau rehat sesuka hati macam eksekutifku itu...tugasan yang dibebankan kepadaku ngalahkan aku ni robot yang pickup dan tak tahu penat. Namun begitu, bila pulang ke rumah, aku tetap akan cari ruang untuk menulis dan berkarya di radio mahupun majalah, mengikut kesempatan yang aku ada...Meskipun agak jarang, tapi aku tetap berkarya kerana itulah jiwaku yang sebenarnya!

      Sekarang...syukur, alhamdulillah! sejak aku berhenti kerja kerana mengikut suamiku berpindah, aku banyak mengisi masa lapangku dengan aktiviti-aktiviti seni dan penulisanku yang tertunda sebelum ini. Tambahan pula bila aku berjaya dalam permohonan dan mendapat tawaran menulis di majalah Ik juga sebuah lagi majalah baru yang bakal terbit tidak  lama lagi, justeru aku bersyukur sangat-sangat kepada Ya Rabbi, kerana merestui perjuanganku.
 

       Oleh itu...aku akan cuba berusaha memberikan sepenuh tumpuan, masa dan tenagaku untuk melakukan sesuatu yang terbaik, demi minat dan cita-citaku yang pernah terkandas suatu masa dahulu. Peluang dan ruang yang aku miliki kini, tak akan aku persia-siakan selagi Allah SWT memberikan aku ilham dan fikiran yang baik untuk terus menulis. Terima kasih my chief editor, rakan dan ketua yang banyak memberikan sokongan dan kepercayaan untukku dalam menggalas amanah yang dipertanggung jawabkan kepadaku selama ini. Tanpa kepercayaan, tak mungkin aku mampu membuktikannya hingga ke hari ini!

       Terima kasih sekalung budi juga buat editor-editor majalah fardu Ain, majalah Solusi dan majalah-majalah lain juga yang sudi memberi ruang dan menerima karya-karya dan artikel saya...budi baik kalian semua akan tetap saya kenangi dan ingati...Insya-Allah!

Salam subuh untuk semua... Assalamualaikum!



No comments: