ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, July 3, 2013

AKU DAN MAJALAH IK : INSPIRASI KEJAYAAN MAGAZINE


Waduhhhh....bila nampak jer pic ni, automatik kepala ligat semula berputar duk cari idea untuk topik akan datang...Isu  terbaru ni apalah aku nak tulis untuk segmen-segmen khas aku tu?...adoiii...kembali pusing kepalaku dibuatnya...uhuhuhu...malam ni, aku kena kembali fokus untuk siapkan artikel-artikelku secepatnya sebelum datang artikel-artikel lain yang perlu aku semak dan sunting nanti...aduhaiii.....berilah aku ilham yang terbaik Ya Allah!...sihatkanlah aku secepatnya...janganlah sakit kepala lagi...sangat-sangatlah mencabarnya! dugaan oh dugaan...mulai bulan ni dah bertambah sebuah lagi majalah baru aku nak kena menulis dan menyunting...adessss...adesss...adessss....hahaha...bertambah beratlah kepalaku ini nampak gayanya....My boss...tq! bagi dateline hingga 10 aribulan ni...hehehe...lega jap ati ni bila tengok dateline tu tak macam biasa...URGENT! URGENT! URGENTT...adesss...takut betul nampak perkataan tu ditulis...huhu...poning kepalo den!

Apa-apa pun, sebelum puasa ni aku nak kena siapkan juga artikel2 aku secepatnya, tetapi kualiti akan tetap ku jaga...sangat penting tuuuu!!!...bulan puasa ni aku nak kena kejar pergi terawih la pulak...haishhh, tak sabar dah ni nak berterawih reramai kat masjid tu rasa-rasanya...tapi, tak pelah...tak berapa hari je lagi nak puasa, moga-moga aku dapat menunaikan ibadah terawih lagi tahun ini dan dapat khatam al-Quran 30 juzuk sepanjang ramadan ini nanti....Insya-Allah!

Selamat menyambut kedatangan ramadan al-mubarak kepada  semua rakan-rakan dan para pengunjung blog saya...ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap sepanjang berblog suka-suka di sini...maafkan saya...semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita semua...

Tak lupa al-Fatihah untuk kedua ayahanda dan bondaku yang tercinta!...doa akan selalu kutitipkan buat kalian berdua. Ya Allah! rahmatilah roh kedua ayahanda dan bondaku. Tempatkanlah mereka dalam kalangan insan-insan yang beriman dan beramal soleh...aamiin.

No comments: