ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, July 16, 2013

AYAHANDA YASSIN SALLEH : SEMOGA CEPAT SEMBUH


"...Malam tadi terjatuh dalam toilet. Serikkah pesawah kaki dimakan tajak. Esok lusa ke sawah lagi. Alahai." (SMS diterima daripada Ayahanda Yassin Salleh, 16 Julai 2013 08:48am)

       Salam buat ayah...terima kasih kerana sudi mengirim berita untuk anakanda. Meskipun sudah lama tidak berhubung dan bertanya khabar sejak Facebook Nur Za ditutup beberapa bulan yang lalu, namun ingatan sentiasa tersemat di hati. Alhamdulillah, anakanda di sini baik-baik adanya. Doa dan harapan anakanda semoga ayah cepat sembuh dan kembali pulih.

       Terima kasih, ayah masih mengingati anakanda...buku "Simfoni Kasih" yang memuatkan karya-karya ayahanda sering anakanda baca bila berkelapangan. Terima kasih juga kerana sudi memberi tunjuk ajar dan nasihat untuk anakanda  terus berkarya. Insya-Allah, anakanda akan cuba melakukan yang terbaik demi untuk tidak menghampakan harapan ayahanda yang sudi berkongsi ilmu dengan anakanda. Semoga ayah juga akan terus berkarya.

      Akhir sekali, jangan lupa makan ubat ya ayahanda, mudah-mudahan ayah sentiasa sihat, cekal dan tabah selalu dengan dugaan dan ujian yang dihadapi, amin...


Ingatan ikhlas,
-Nur Za-
16072013

10:56am.

*Insya-Allah, jika ada kesempatan nanti anakanda akan tuliskan sebuah puisi buat ayah...

No comments: