ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, July 26, 2013

COKLAT OH COKLAT!

Get a Cadbury Dairy Milk chocolate bar for free choc engraving! this Raya!


Hemmm...bebulan poser ni asal tengok coklat mulalah teruja nak buat kuih. Terasa nak buat kek, nak buat strawbery celup dan memacam lagi yang menggugah seleraku...hehehe...syukurlah bulan poser ni nafsu nak makan berlebih-lebihan tu takde sangat, lagipun makan bebanyak tak gemuk-gemuk juga lebih baik makan yang perlu jer...

Tapi bila tengok gambor coklat ni, teringat pulak lepas bedah dulu...ada orang hadiah coklat kat aku dalam wad. Bermacam-macam jenis pulak tu diberinya, bukan sikit-sikit tapi bertin-tin...ahaha...macamlah aku ni boleh makan semua coklat best-best masa tu...kalau dia bagi time aku sihat maulah juga tinggal tin kosong jer....ehehe...tapi kan...yang terujanya bukan coklat tuh, Aku cuma teruja kat tin bekas coklat tu jerrr...sebabnya lawa-lawa sangat...macam-macam jenama ada...

Tapi yang tu bos dan kekawan sekerjakulah yang bagi. Siap dengan gubahan bunga segar yang wangi semerbak lagi dapatnya..besar pulak jambangan bunga tuh, ngalahkan orang baru abis konvo jer...hahaha...tapi, tu la...bila duduk dalam wad sorang-sorang bunga dan coklat tulah jadi kawan sejati menunggu aku sampai keluar wad. Terima kasih kawan-kawan dan bos aku yang sangat prihatin dan memahami sewaktu berkerja di Farmasi dulu tu...anda semua memang besttt!!

Wad perempuan kat HUKM pulak bukan dibenarkan suami menunggu atau sesiapa pun yang datang kalau bukan waktu melawat. Boring betulll...itulah yang buat aku makin bertambah parah sakit, walaupun lepas dibuang penyakit kat dewan bedah masa tu...hehehe...disebabkan tak tahan duduk wad sorang-sorang, asyik-asyik kena injection jer setiap 4 jam, last-last aku merayu kat pakar yang pantau kes aku tu. Mintak nak balik umah gak...aku clearkan semua bil-bil rawatan di hospital, lepas tu aku 'horeyyy' suruh kekanda tersayang bawak aku balik secepat mungkin...kehkehkeh...akhirnya, Dr. pun bagilah perlepasan agaknya atas dasar simpati.

Sebenarnya kes aku agak berat sebab nyawa aku hampir tak dapat diselamatkan, tapi kuasa Allah SWT, mengatasi segala-galanya. Tidak diduga aku boleh sambung kehidupan aku sehingga ke saat ini, Syukur, alhamdulillah! sememangnya, itulah saat paling getir dalam hidup aku, setelah diuji dengan penyakit yang amat berat hampir 20 tahun tapi tidak bertemu penawarnya walau puas berusaha...huhuhu...
 

Sekarang aku dah merdeka pun...hehehe....sakitku dah sembuh...dan mengikut nasihat ayah sedara suamiku, dia menyuruh aku memakan sebanyak mungkin coklat sebaik saja aku lepas menjalani 'major operation' dalam tempoh 2,3 hari...katanya, coklat tu boleh memulihkan  sakit pembedahan dan memberi semangat kepada diri...tapi aku tak pastilah betul ke tidak??? yang pasti aku makan skit jerrrrrr...sebab bila tengok coklat automatik aku rasa kenyang...hihihi...power betul coklat tu...belum makan lagi dah kenyang...gitulah kisahnyerrr...:)

Sekadar selingan...
-CT Nurza-
26 Julai 2013
09:09am.

No comments: