ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, July 21, 2013

CORETANKU : PERCUBAAN MENULIS NOVEL


Hehehe...kemas punya kemas, tetiba terjumpa la pulak novel percubaanku ini kat dalam kotak yang di'packing' banyak-banyak tu...mana taknya, aku ni dulu asyik pindah randah jer  ikut suami masa busy ngan keje. Baru sekarang ni jer duk diam-diam kat sini. Tu pun sebab cuma buat keje dari umah jer...tak perlu lagi nak pegi ofis hari-hari, tak perlu lagi nak risau tentang jalan jenk dan segala masalah-masalah berbangkit yang menyemakkan kepalaku setiap hari...rileks bebbb!!...hahaha...

Hemmm, citer pasal novel ni....haaaaa...dulu-dulu lepas ikut my hubby berpindah dan tinggalkan kerjaya kesayanganku kat sebuah farmasi tu, emmm...bosan-bosan duk kat rumah sesorang, ini ler keje aku hari-hari bila dah settle semua tugasan kat dapur. Masa tu ada gak aku try-try apply keje kat sebuah pusat perniagaan di Tampin, untuk sekadar hilangkan boring, tapi bila boss tempat tu interview aku sampai dua kali tapisan...dia pun offerlah nak bayar gaji permulaan kat aku sebanyak RM1,300 masa tu kerana aku ada pengalaman bekerja dalam bidang akaun katanya. Tapi masa tu, jawatannya agak rendahlah sikit dari yang aku pernah pegang kat Farmasi tu...hehehe...namun itu semua tak jadi masalah pun bagi aku...lagipun aku terasa nak keje sebab aku teramat bosan duduk di rumah sendirian bila hubbyku bekerja....tu jerrr...ahaha...

Walau bagaimanapun, sebaik saja aku diterima bekerja kat situ, aku disyaratkan pulak tak boleh pakai tudung. Sebabnya, aku kena pakai uniform khas yang disediakan. Uniformnya ala-ala ahli korporat gitu....wahhhh!!!...banyak cantik syarat big boss syarikat tu bagi aku...hehehe...dia ingat rambut aku ni padan ke ngan gaji RM1,300 starting yang dia nak bayar untuk tugas aku tu...???? aiseyman...kantoi betullah....kalau setakat duk dalam ofis jer jaga akaun syarikat tak perlulah aku nak tanggal-tanggal tudung pun...tapi yang aku pelik, staff-staff Melayu yang keje kat situ pun macam tak takut dosa pahala pulak. Sanggup cakap aku bodoh sebab tolak tawaran tu dan tak nak ikut arahan Boss berbangsa cina tu...bukan susah pun katanya...ahhhh...no wayyy! nanti kejar sangat gaji RM1,300 tu, bertahun-tahun lak aku kena netap dalam neraka...sapo nak tolong den...??? kesian my hubby n my father. Tak pernah-pernah aku bukak tudung togelkan kepala depan orang luar di tempat awam, ni ada ke patut senang-senang lak dia nak suruh aku buang tudung semua...cehhhh!!!...I'm sorrryyy....hehehe....


Akhirnya...untuk jalan yang terbaik...terpaksalah aku lupakan saja niat nak keje tu...apakan daya...syarat tak masuk dek akal nak diterima. Biarlah aku simpan aje pengalaman berharga yang aku ada tu, daripada aku sanggup menggadai maruah agama dan maruah diri aku hanya untuk dapatkan kerja dengan gaji yang tak seberapa pun. So, untuk buang segala kebosanan yang melanda...aku ngadaplah pc aje. Menjiwangzzz kat depan pc jer lepas-lepas duk layan periuk belanga kat dapur...hehehe. Masa tu pulak, aku ada sorang adik angkat. Namanya aku panggil dia 'Ani'...Ani nilah yang selalu duk suruh aku tulis novel sebab dia sebenarnya peminat setia karya-karya aku yang selalu tersiar kat corong radio dan akhbar masa tu...dengan Ani nilah aku selalu berbual-bual kat telefon bila dia ada free.

Demi tidak mahu menghampakan harapannya, aku pun trylah tulis sebuah novel kisah peribadi aku sendiri. Cuma dia saja yang pernah baca novel aku ni sebenarnya...sebab dia tak sabar nak bacalah aku sempat tulis mana yang patut je dalam novel ni. itu pun setelah dipotong-potong dan dibuang-buang mana yang aku rasa buat penat nak taip jer...ahaha....rupanya, ada hikmah disebalik semua tu. Sebaik saja aku poskan naskah novel tak seindahnya ini, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita yang tak sama sekali aku duga dan jangka. Zuppppp...berpinar dunia aku kejap waktu tu...


Beberapa bulan selepas pemergian arwah Ani ke Rahmatullah, aku menerima sekeping kad ucapan selamat hari raya yang dikirim oleh salah sorang abangnya yang meminta aku menghubungi beliau secepat mungkin. Disebabkan aku ni memang jenis pokok semalu dan amat pemalu sikit nak call sesiapa, makanya aku pun mintaklah tolong ngan hubbyku untuk hubungi abang arwah tu, berdasarkan nombor fon yang tercatat pada kad tersebut.

Rupa-rupanya, aku diberitahu oleh abang arwah bahawa arwah telah kembali ke Rahmatullah, kerana terkena 'denggi berdarah' sewaktu beliau mula bertugas di tempat kerja barunya di kementerian pertahanan. Arwah hanya demam dalam masa tiga hari sahaja dan tidak sempat untuk diselamatkan...Innalillah hiwainna illahiraji'uun...bila dengar berita tu, aku rasa macam nak pengsan terus. Badan aku menggigil dan lembik serta merta...jenuh hubby aku papah, sambil pujuk dan minta aku bersabar banyak-banyak.

Manakan aku tak terkejut...sebelum arwah pergi, dia ada call aku borak-borak nak datang ke Melaka waktu tu demi untuk menemui aku dan suami. Katanya, mungkin selepas habis tugasannya di sana nanti dia akan call dan cari aku. Aku apalagi, happy sangatlah dengar macam tu...emmm, waktu tu, Aku dengar suaranya sikit punya girang lagi...teruja nak jumpa akulah katakan...seorang kakak yang kuat mengusiknya...hehehe...tapi sampai masanya aku tunggu punya tunggu dia tak jugak datang-datang. Aku call pun tak berjawab. Aku kirim kad raya untuknya, gurau-gurau usik dia pun seperti biasa tapi tak dibalas....huhuhu...aku memang pelik dan hairan teramat sangat. Selalunya hari-hari dia mesti call aku bercerita macam-macam dengan riang gembira umpama kanak-kanak ribena gitu.

Tambahan pula dia menganggap aku benar-benar seperti kakak kesayangannya sendiri. Setiapkali dia call, sudah pasti berjam-jamlah aku duk dengar cerita dia kat handphone....hehehe...dia sebenarnya seorang gadis yang sangat sensitif. Biasalah kan, anak manja dalam keluargalah katakan. Cuma aku sorang saja yang boleh faham dirinya dan tolong nasihatkannya apa yang perlu. Begitulah pengakuan jujurnya yang pernah diluahkan kat aku...hehehe...Ya lah, aku pun cuba sedaya mungkin untuk bersikap matang dan menjadi seorang kakak yang terbaik untuknya. Aku ibarat role model baginya...ahaha...


Alhamdulillah, kami serasi bersama-sama meskipun aku tak pernah sekalipun berjumpa dengannya di alam nyata. Ini kerana, dia cuma mengenali aku melalui corong radio sahaja. Kebetulan waktu itu Radio Tiga Shah Alam sentiasa menyiarkan karya-karya aku untuk segmen remaja dan lain-lain. Haiii...masa tu manalah ada lagi blog, facebook, twitter dan macam-macam seperti sekarang ni. Yang aku ingat pun zaman tu zaman YM je..hahaha...tu pun aku guna time pegi cyber cafe sebab kat rumah aku tak de line internet lagi masa tu...jadi perhubungan kami agak terhad. Hanya telefon bimbit dan surat sahaja yang menjadi alat komunikasi waktu tu.

Diringkaskan cerita, setelah Ani tiada lagi dalam hidupku sebagai pemberi dorongan dan peniup semangat...maka, mood aku pun untuk tulis semula novel ini bagi lengkap lagi, terus terbang entah ke mana. Novel ini aku perlu rombak lagi megikut situasi semasa. Tambahan pula watak-watak yang telah aku cipta khas untuk novel ini, tanpa disangka...ia telah benar-benar wujud di alam nyata. Subhanallah, nama-nama yang kuguna pakai sebelum ni tak pernah langsung aku kenal siapa pemiliknya, kini semuanya muncul depan mata...Ya Tuhan!...segalanya amat mengejutkan aku. Ianya bagaikan satu keajaiban yang tak pernah aku duga akan terjadi dalam hidupku.

Justeru itu, setelah aku fikir dan fikir, maka atas cadangan suami tercinta, beliau meyuruh aku merombak kembali novel ini dengan menukar nama-nama watak yang ada kerana khuatir nanti ada pula yang terperasan dan menyangka aku mengaitkan mereka dalam duniaku, padahal waktu novel ini ditulis, seorang dari mereka pun aku tak pernah kenal...Masya-Allah!...disebakan hal itulah maka aku putuskan biarlah novel ini aku simpan sebagai kenangan yang banyak menerbitkan nostalgia untukku dan akan kutulis dan rombak kembali untuk tatapan peribadiku nanti supaya lebih kemas dan tersusun.

Aku pun tak tahulah manuskrip aku yang telah habis diconteng-conteng ini (untuk proses mengedit kembali) bila sampai waktunya nanti layak atau tidak dipanggil novel??? ataupun hanya sekadar coretan 1001 malam sahaja...entahlah....eheheh...yang penting aku dah cuba juga menyempurnakan sebahagian impian aku untuk menulis sebuah novel kisah perjalanan getir hidupku sendiri, menempuh pelbagai ujian dan dugaan dari Ilahi sejak dari kecil, sehingga aku mampu bernafas kembali seperti sekarang. Segalanya, penuh keajaiban bagiku...

Terima kasih Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur terhadap anugerah-Mu kepadaku! tak lupa juga sekalung al-fatihah aku titipkan buat arwah adik angkat kesayanganku 'Ani'  yang banyak memberikan sokongan dan semangat atas segala usahaku sebelum ni...semoga rohmu damai dalam dakapan-Nya,
amin...

-CT Nurza-
21 Julai 2013
07:18ptg.

No comments: