ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, July 9, 2013

HAIKU SPONTAN (12) : PUASA


Kita puasa
Jagalah adab tertib
Sepanjang hari

Makan dan minum
Janganlah berlebihan
Cukup sekadar

Tika puasa
Perilaku dijaga
Kawallah nafsu

Elakkan dosa
Kita kaut pahala
Banyakkan amal

Bilaslah hati
Kita sucikan diri
Bersihkan jiwa

Ramadan ini
Mari kita hayati
Rahmat Ilahi

Telusurilah
Hikmah yang tersembunyi
Lailatulqadar!


-CT Nurza-
09 Julai 2013
10:00pg.


*Selamat menunaikan ibadah terawih dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua!

No comments: