ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, July 26, 2013

HARI INI TAK SEINDAH SEMALAM



Hari ini...
Takseindah semalam
Bila tiada lagi suara kasih mendamaikan sukma
Tiada lagi senyuman manis berseri terukir di bibir
Tiada lagi ungkapan cinta rindu terzahir
Tiada lagi wajah ceria mewarnai hari-hariku
Pilunya
Sedihnya
Cuma Allah yang maha tahu
Segalanya merentap tangkai-tangkai bahagia yang dimiliki

Hari ini...
Tak seindah hari-hari yang kutinggalkan
Bila senyum tidak lagi berbalas
Rindu tidak lagi mesra bersambut
Kata-kata tidak lagi semanis yang pernah didengari
Akhirnya....
Sepilah taman seorang perindu
Sebelum ini sering menanti dan memuja
Mengharapkan sejalur pelangi indah mewarnai diri
Darimu insan yang sentiasa disayangi
 

-Nur Za-
22 april 2011


*Puisi ini telah disiarkan di Radio Malaysia Klasik Nasional untuk segmen Senandung Pagi Bersama Dj A Razak Ismail. Puisi ini digubah berdasarkan tajuk yang telah diberikan secara spontan. Terima kasih KNL dan abg Razak. Diedit kembali untuk tatapan semua di sini...:)

No comments: