ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, July 8, 2013

ISTIMEWA UNTUK SEMUA!


Buat semua insan-insan yang bergelar seorang guru dan juga kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya, sama ada secara formal atau pun tidak, kalian semua tetap saya ingati dan hargai. Tanpa kalian saya tidak akan jadi apa yang saya mampu jadi hari ini...budi dan jasa kalian teramat tinggi nilainya buat diri saya. Untuk sifu-sifu yang pernah membimbing saya dalam bengkel-bengkel penulisan kreatif suatu ketika dahulu, iaitu saudara Marsli N.O. & saudara Rahimidin Zahari, (2 penyair terkenal) terima kasih sekalung budi. Walaupun anda tidak mengenali saya lagi tetapi saya akan sentiasa ingat jasa anda, meskipun saya tak mampu menjadi seperti anda berdua....cukuplah saya hanya mampu menjadi diri saya sendiri hari ini dengan mengguna pakai nama pena yang pernah disarankan oleh saudara Marsli N.O....hehehe...Terima kasih dan terima kasih!

Tak lupa juga ucapan terima kasih saya buat Pak Cik Azim Salleh & En. Adzlan Sulong (Sdr. Madzlan Abdullah - 2 penyair yang amat saya hormati) yang suatu ketika dulu juga sering memberi ruang dan peluang untuk mengetengahkan karya-karya saya di stesen Radio Malaysia Selangor atau Radio Tiga Shah Alam dalam segmen Puisi & Lagu yang anda berdua kendalikan. Segala komentar membina yang pernah anda berikan dahulu kini telah berjaya saya buktikan dengan positif. Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang kalian berikan...Insya-Allah! akan saya cuba lakukan yang terbaik.

Kepada ayahanda Yassin Salleh, ayahanda Zainal Abbas dan juga rakan-rakan (FB) maya saya di Akademi Sajak Cyber suatu ketika dulu, iaitu saudara Sazalee Sulaiman, Angah Arie, Ainnur Mustaqim, Saudara Nor Adabi Rosdi dan ramai lagi...terima kasih sahabat...anda semua sentiasa dalam ingatan dan doa saya setiap masa! Semoga kalian semua berjaya dan sukses selalu dalam bidang masing-masing serta dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya untuk terus berkarya!

Tak lupa jua buat para pengunjung-pengunjung setia blog saya ini, terima kasih sekalung budi saya ucapkan, lantaran sudi singgah bertamu ke sini. Persinggahan anda amat-amat saya hargai...Insya-Allah! aamiin...


Terima kasih buat semua.

-Nur Za-
08 Julai 2013


*Gambar Hiasan : Kredit untuk Akhi Yusri Idham.

No comments: