ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, July 8, 2013

JOM MENGULANGKAJI BACAAN AL-QURAN KITA!


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, kerana atas nikmat dan rahmat-Nya, diberikan lagi sedikit keizinan untuk kita bertemu kembali dengan bulan yang mulia Ramadan al-Mubarak pada tahun ini. Pengumuman tarikh permulaan puasa telah pun dibuat dan Insya-Allah, lusa kita akan mula menyambut puasa...sob...sob...sobb... aiii, sedih pulak puasa tahun ni dah tak boleh nak sambut dengan mak lagi dah...:'((

Jadi, untuk kita hidupkan malam-malam ramadan kita, apa kata kita sama-sama membelek al-Quran dan bacaan kita mengikut tanda-tanda yang telah diterangkan di sini. Bagi yang mahir dan hafaz tu mungkin tak perlulah menyemak tanda bacaan ini lagi kan, sebab dah masak hukum hakamnya, tapi bagi orang yang macam saya ni, hehehe...(ngaku jer lah baca Quran macam kura-kura tak cukup power tu kan?) yang masih terlalu lemah untuk memahami tanda bacaan ni semua, haaa.....eloklah belajar lebih sikit agar bertambah baik pembacaan kita nanti...al-maklumlah, malam esok dah nak kena ready untuk bertadarus dah...so, belajar dan belajar....agak-agak boleh khatam ke tahun ni ek???...Insya-Allah! mudah-mudahan kalau tak ikutkan mata yang asyik memberat nak tidur jer lepas gi terawih tu, emmm, mesti dapat habis baca 30 juzuk tu hingga akhir ramadan...kannnn??...tak pe...kita sama-sama usahakan nanti...

Akhir sekali, selamat berpuasa kepada semua...semoga Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa kita dan diberkati amal ibadah yang kita lakukan sepanjang ramadan nanti...Insya-Allah!

Hormat selalu dari saya,

-CT Nurza-
08.07.2013
11:17mlm.

*Grafik Hiasan : Kredit to Atok Google! :D


No comments: