ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, July 23, 2013

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI



"...Tidak ada perkara yang paling rumit dalam hidup ini, selain daripada kita sendiri yang merumitkan keadaan dan menjadikan sesuatu itu semakin bertambah rumit, lantaran terlalu emosi tatkala menghadapi sesuatu situasi yang sering menguji ketabahan dan kesabaran hati. Apabila segala kerumitan itu berjaya diatasi dengan sifat sabar dan tekun maka, segala yang susah itu sebenarnya akan menjadi terlalu mudah. Dan yang pastinya, ia akan memberikan satu impak yang paling berguna kepada diri sendiri, sekiranya kita sanggup untuk berubah dan berhiijrah dari sikap-sikap negatif yang ada dalam diri. Insya-Allah! tidak ada yang mustahil tidak dapat kita lakukan jika ada kesungguhan dan kecekalan. Itulah yang telah aku pelajari dan alami sendiri pada hari ini..."

-Nur Za-
23 Julai 2013
10:29pm.

No comments: