ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, July 6, 2013

KOLEKSI KAMUS-KAMUS KEPUNYAANKU





 Assalamualaikum dan selamat petang semua...:)
Ini adalah kamus-kamus yang saya miliki sejak ditugaskan menjadi penolong editor untuk majalah IK...hehehe...sesuatu yang melucukan apabila ada kekawan atau saudara-mara yang datang bertandang kat rumah, sebaik saja mereka semua terlihat kamus-kamus ini, pasti ada yang terkejut dan kata saya ni dah ala-ala proffesor serba tahu pulak sebab asyik duk baca kamus sepanjang masa kat rumah...hehehe...tak kisahlah beb! nak buat macamana dah tugasku begitu dan terpaksa kena bergelumang dengan kamus-kamus ini semua. Itupun 'time' ada tugasan penting nak kena siapkan ajer?...tapi, itulah yang paling saya suka pun, sebab dalam kamus-kamus ini, pelbagai perkataan yang sebelumnya saya tak pernah tahu saya jadi tahu dan paling menarik berkawan dengan kamus-kamus ini ialah,  perbendaharaan kata saya pun sedikit meluas sejak rajin membaca dan membelek kamus ni....

Teringat masa kecik-kecik dulu, mak selalu bagi saya sebuah buku untuk dibaca. Saya tak ingat buku apa, tapi buku itu tebal macam kamus dan ditulis oleh Pendita Za'aba seorang penulis yang amat saya kagumi. Dalam buku tersebut macam-macam pelajaran yang saya dapat. Jadi, dari situlah timbul minat saya untuk menulis dan berangan-angan nak jadi penulis macam pendita Za'abalah kononnya...hihihihi.....(Sekadar berangan-angan kosong jer lah nampaknya, tak mampu nak jadi macam Pendita Za'aba pun, sebab ilmu saya ni cuma paras-paras lutut aje...huhuhu...masih lagi mencari dan menimbanya hingga kini...), jadi sambung balik cerita kita...masa kat sekolah dulu bila masuk aje darjah tiga saya amat suka buat karangan....kat dalam kelas pantang cikgu bagi tajuk karangan, sayalah orang yang paling gembira sekali nak memulakan proses karangan tu...ahahaha...sampai karangan saya pernah jadi cerpen yang buat cikgu tergelak abis baca...adoiii...tersangatlah lawaknya tapi apa pun inisiatif saya itu selalu memberikan keputusan yang terbaik dalam subjek BM hingga setiap tahun saya mendapat hadiah khas secara berturut-turut kerana kecemerlangan dalam subjek BM. Rasanya itulah kenangan yang paling manis waktu saya sekolah rendah dahulu... kini, ianya hanya tinggal sebuah kenangan yang buatkan saya boleh tersenyum dan tergelak sorang-sorang bila tengok kamus-kamus ini sebenarnya...sangat nostalgia!

Kebetulan masa sekolah rendah tu pula saya menjadi Pengawas Perpustakaan, jadi ada banyaklah buku-buku yang boleh saya baca. Sebenarnya, cikgu lantik saya jadi Pengawas Sekolah, jaga orang waktu perhimpunan tapi saya tak suka...sanggup ponteng sekolah sampai seminggu sebagai tanda protes....hehehe...akhirnya cikgu terpaksalah juga tukarkan saya sebagai Pengawas perpustakaan sebab itulah yang paling kena dengan jiwa saya....hahahaha...itulah zaman kenakalanku yang duk buat gelihati sorang-sorang...apa pun terima kasih buat guru-guru saya yang baik hati dulu kerana sabar dengan karenah saya dan sanggup pujuk saya semula untuk datang sekolah dan tukarkan jawatan saya...hehehe....

Buat adik-adik yang masih belajar di sekolah Rendah, Menengah, U dan juga kepada guru-guru BM, yang sudi singgah ke blog saya ini dan mengambil bahan-bahan di sini sebagai panduan untuk mencipta pantun, puisi dan lain-lain, terima kasih sekalung budi diucapkan kerana sudi paparkan link blog ini di dalam blog anda dan tinggalkan komen! terima kasih banyak-banyak. Walaupun saya ini bukanlah sesiapa, tidak mempunya ilmu yang tinggi dan terbatas pengalaman  dan pengetahuan yang ada, namun diizinkan anda mengambil bahan-bahan penulisan peribadi saya diblog ini untuk tujuan pembelajaran jika ia berguna dan bermanfaat untuk dikongsikan.

Terima kasih juga untuk rakan-rakan yang mengizinkan saya kongsikan karya-karya mereka di blog ini untuk tatapan kita bersama. Budi baik kalian amat dihargai.

Salam hormat buat semua...

-Nur Za-
06 Julai 2013.

*Gambar Hiasan : Sumber carian Atok Google...:)


No comments: