ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, July 22, 2013

MOTIVASIKU : TIADA USAHA TANPA KEJAYAAN!


"Test and Error," itulah perkataan yang telah menjadi perangsang yang menghidupkan semangatku yang telah lesu, gara-gara penat dan lelah menghadapi pelbagai kegagalan dalam melakukan sesuatu perkara penting adakalanya sangat menguji kesabaran dan ketabahan diri.

Walau begitu, semangatku untuk terus mencuba sentiasa marak, kerana aku bukan insan yang jenis mudah putus asa tiapkali aku gagal dalam sebarang usaha yang dilakukan. Bagiku, dalam kegagalan itu, ada banyak ilmu yang aku boleh dapat dan belajar bilamana terbuat kesilapan demi kesilapan tanpa sengaja, sehingga aku mampu menghasilkan sesuatu yang lebih sempurna dan terbaik akhirnya, berkat daripada usaha dan kegigihan aku yang tak jemu mencuba dan belajar. Aku pulak sentiasa berfikiran positif. Tak berjaya hari ini bukan bermakna hari esok kita terus dengan kegagalan yang sama, bahkan selagi ada kemahuan yang tinggi, kejayaan tetap akan datang kepada kita.

Untuk mengatasi rasa kecewa, aku lebih suka menenangkan mindaku buat seketika dengan cara merehatkan diri sambil melayan minat dan hobiku sendiri, selain daripada tidoooo...hahaha...yang tu penting untuk elakkan aku stress gaban bila terlebih frust...eheheh..

Hari semalam, aku berjaya lagi menyahut satu cabaran yang selama ini aku fikir aku tak boleh buat pun...al-maklumlah, aku ni bukan celik IT sangat pun. So, disebabkan prinsip aku yang tegas ni, "pantang dicabar"...hemmm, sedaya upaya aku usaha gak hingga berjaya membuktikan cabaran itu, aku mampu terima dan lakukan...jeng! jeng! jengggg!...cabaran apa??? biarlah menjadi rahsia...! yang penting aku akan cuba buktikan bahawa 'masa' aku tidak akan sia-sia selepas ini...wait n see kepada mereka yang terlalu suka memandang rendah terhadap kemampuan dan keupayaan insan lain, hanya kerana mereka terasa diri lebih hebat, berilmu dan berpendidikan tinggi daripadaku.

Biarlah, sememangnya Allah SWT itu Maha Kaya, Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Hanya kepada-Nya jualah tempat aku letakkan segala harapan dan memohon pertolongan-Nya setiap waktu. Aku amat yakin dengan janji-janji-Nya. Jadi, kepada adik-adik yang masih lagi belajar, di sini ingin aku nasihatkan, rebutlah peluang yang masih ada untuk mencari ilmu. Teruskan usaha anda meskipun berkali-kali menghadapi kegagalan yang berulang, kerana kegagalan itu cuma sekadar ujian kecil dari Allah, untuk menguji ketabahan dan kecekalan hati kita agar mampu memperbaiki tiap kekurangan diri, yang kita miliki supaya menjadi lebih sempurna dan berjaya lagi di masa akan datang.

Selamat berjaya untuk semua, tak kira apa sahaja yang anda lakukan...gud luckkk!

-CT Nurza-
22 Julai 2013
01:39pg.

No comments: