ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, July 17, 2013

NOSTALGIA MENGULAS LAGU TAHUN 90-AN

Nama lagu : Pengasih
Penyanyi : Iwan


Lagu ini merupakan lagu yang sangat-sangat nostalgia bagiku. Al-maklumlah...waktu zaman remaja dulu, aku ni hantu radio. Pantang ada pertandingan menulis aku mesti join...hahaha...padahal waktu sekolah dulu, aku ni bukanlah belajar dalam aliran sastera pun, walaupun hakikatnya aku minat giler ngan subjek sastera.

Nak masuk kelas sastera pun Pengetua aku tak bagi. Alasannya, kelas sastera ni hanya untuk murid-murid yang lembab dalam subjek BM, lagipun low class katanya. Puas aku merayu-rayu nak tukar aliran tapi hampa sehampa-hampanya. Keputusan muktamad dibuat, aku tak dibenarkan tukar kelas. Nak tak nak aku ngan geng2 aku yang duk buat rayuan tu, kenalah hari-hari menjaga ayam kat reban, basuh itu basuh ini, cangkul sana cangkul sini sampai apa yang aku tanam untuk projek amali sains pertanian pun kurus kering cam aku gak pasalnya tak cukup zat...wakakaka...


Aku malas nak ambik kisah sebab tak de minat nak buat semua tuh...buat pun kerana dipaksa dan terpaksa...lagi-lagi nak kena basuh cuci taik ayam yang mencair tu....eeeeeeeeeeeeeeeeeee...mengamuk-ngamuk rasanya dalam ati duk kat reban tuh tahan sakit ati dan geram kat ayam-ayam tu semua....hehehehe....punyalah seksa Tuhan ajer yang tau sebab dipaksa buat apa yang kita tak suka dan tak minat langsung...kadang-kadang rasa nak sembelih-sembelih jer ayam-ayam tu sebab tak reti bahasa asyik duk berak hari-hari dera kita jadi kuli batak cuci reban dia jer...itu baru bab kena jaga ayam....belum lagi kena pegang cangkul duk tengah-tengah panas terik tu nak kena tanam sayur dan pokok-pokok semua macam nyonya apek...uuuhhh...menyeksa jiwa betul time tu...tapi bila teringat-ingat balik kenangan masa tu banyak yang kelakar, tiba-tiba rasa gelihati pulaklah sekarang ni...ehehehe...

Berbalik pasal lagu kat youtube ni....haaa...nak tau tak???...dulu-dulu kan, Radio Satu RTM selalu sangat buat macam-macam pertandingan. Meriah giler la duk join pertandingan-pertandingan yang diadakan masa tu termasuk pertandingan mengulas lagu, lirik dan melodi yang dikendalikan oleh Juruhebah tip top abang Ainol Jamal Zainal. Lebih seribu penyertaan pihak RTM terima tetapi yang berjaya terpilih hanya 200 penyertaan sahaja, termasuklah penyertaanku. Selepas itu disaring ditapis lagi setiap minggu selama 2 bulan berturut-turut sehinggalah hanya tinggal 8 penyertaan yang kira terbaik sahaja untuk dicalunkan ke peringkat akhir. 


Wahhh, dalam tempoh 2 bulan tu, debaran menunggu ulasan siapa yang berjaya terpilih ke peringkat akhir tak usah ceritalah....hehehe...saingan pun hebat-hebat dan bukan calang-calang yang menyertainya. Amat terasa betapa kurangnya ilmu di dada masa tu dalam menyertai pertandingan tersebut, sebab tak pernah-pernah buat ulasan macam tu tapi entah macamana dorongan untuk mencuba dalam diri tu amat kuat sekali. Walaupun realitinya aku ni buta seni...tapi, desakan hebat untuk turut mencuba tu menjadi peniup semangat untuk turut serta. Menang kalah lain kira sebab bukan itu tujuanku tiapkali masuk pertandingan. Aku tak fikir langsung tentang tu. Yang aku harap, aku akan belajar dari satu pengalaman baru bila menerima pelbagai komentar yang diberikan dalam pertandingan tersebut. Itu yang penting!

Dup dap dup dap dup dap! menunggu tarikh pengumuman, akhirnya terjawablah jua siapakah 8 penyertaan yang berjaya ke peringkat akhir. Sebaik saja mendengar ulasanku dibaca dan lagu pilihanku berjaya masuk ke peringkat akhir...fuhhh, rasa nak meletup dada time tu sebab rasa macam mimpilah pulak kerana tak sangka ulasanku terpilih. Ya laaaa...ulasan orang buta seni kan...ulas ikut fahaman sendiri jer, buat ulasan pulak ikut kepala sendiri jer, bab muzik pun tak berapa nak tau sangat tapi saja nge'test' nak jadi pengulas tak pro masa tu. Itu yang berani gak mencuba....sekadar menyahut cabaran untuk diri sendiri jerr...hahaha...lepas gian ngulas lagu kesukaan kan?

Haaa...sebaik saja ulasan-ulasan yang terpilih ke peringkat akhir dibacakan kesemuanya oleh abang Ainol, tibalah pula detik pengumuman para pemenangnya...dushhhh!!! sekali lagi jantung rasa cam nak stop. Bab pengumuman tulah yang paling takut sekali aku nak dengarnya bila join apa-apa pertandingan...hahaha...aku nih lemah semangat sikit! dengar punya dengar punya dengarrrrr....tuppp....tempat ke-4 nama aku disebut! cehhhh, saguhati rupanya sangkut kat aku...biasalah pengulas tak pro kan ? mana nak menang tempat pertamanya, buat ulasan pun tah apa ke benda...hihihi...macam tak percaya aku leh menang saguhati tu sebenarnya. Tapi apa-apa pun aku bersyukurlah kerana percubaan pertama aku dalam bidang pengulasan lagu, lirik dan melodi tu berjaya jugak walaupun hanya mampu menang saguhati. Tahniahlah! kepada lagu ini yang berjaya menambat hati para juri untuk sampai ke peringkat akhir.

Moral of the story : Jangan takut untuk mencuba, walaupun kita rasa kita tidak berilmu. Kerana berani mencuba dan yakin diri adalah pendorong untuk kita berusaha dan membuktikan kita juga mampu buat, meskipun hasilnya tidaklah begitu memuaskan hati untuk pertama kalinya, tetapi percayalah, dengan pengalaman yang ada kita mampu pergi jauh selagi kita berinisiatif untuk mencari dan menambah ilmu dan tidak jemu belajar dari kesilapan dan kegagalan! yang penting jangan busuk hati terhadap orang lain dan betulkan niat kita agar tidak terpesong dan cepat bangga diri apabila diuji dan dipuji dengan kejayaan serta pencapaian kita. Kejayaan akan sentiasa terbuka untuk mereka yang suci hatinya dari penyakit hati. Sama-sama kita berdoa untuk kejayaan insan-insan lain juga. Itulah petua dan tip yang saya guna pakai dan amalkan selama ini. Alhamdulillah, positif hasilnya! Insya-Allah.


Sekadar coretan,
-Nur Za-

17 Julai 2013.
12:31am.

2 comments:

Ann Hafiena said...

hehehe..ada jiwa ni.. ;)

CT Nurza ® said...

Ann Hafiena...pengulas tak pro ada jiwa dan semangat nak mencuba jer...eheheh...