ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, July 22, 2013

PANTUN BERTEMAKAN PERKAHWINAN


Manis wajik bersukat gula,
Gula kabung harum aromanya;
Selepas merisik bertunanglah pula,
Panggil sekampung hari nikahnya.

Rentas denai mencari merbah,
Merbah rimba bulunya merah;
Jari diinai tampaknya indah,
Izinkan hamba ucap tahniah.

Usia sebaya bukan halangan,
Halangannya sudah dilintasi Bismillah;
Majlis yang mulia dicemar jangan,
Alunkan qasidah memuji Allah.

Ayat dihafaz juzuk kelima,
Tercatat indah kalimah Allah;
Akad dilafaz ijab diterima,
Sempurnalah sudah tuntutan sunnah.

Air tin perisa mangga,
Mangga mengkal di tepi paya;
Bahagialah pengantin hingga ke syurga,
Semoga kekal ke akhir usia.

 -CT Nurza-
22 Julai 2013
11:32pm.

*Gambar Hiasan : Kredit untuk page kawanimut.com atok google.

No comments: