ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, July 25, 2013

PANTUN RAYA : BERHEMAH DI JALAN RAYA



Malam ini kita berkunjung,
Bawa peria dalam kereta;
Ramadan kini meniti ke penghujung,
Pulang beraya matlamat kita.

Bawa peria dalam kereta,
Kereta Toyota zaman dahulu;
Pulang beraya matlamat kita,
Selenggarakan kereta terlebih dahulu.


Kereta Toyota zaman dahulu,
Dipandu Hanan setiap masa;
Selenggarakan kereta terlebih dahulu,
Agar perjalanan selamat dan selesa.

Bunga raya merah kesumba,
Dibelit sawa di atas tangga;
Jalan raya bukan medan berlumba,
Jagalah nyawa seisi keluarga.

Buat halwa sibuah mangga,
Dimakan budak manis rasanya;
Jagalah nyawa seisi keluarga,
Agar tidak menyesal selamanya.

Anak kuda di bawah khemah,
 
khemah tumpangan si anak jalak;
Jadilah anda pemandu berhemah,

Semoga kemalangan dapat dielak.

-CT Nurza-
25 Julai 2013
08:04am.


*Kredit untuk gambar hiasan : sumber carian google.com.

6 comments:

Bahar said...

Assalamu'alaikum. Saya tertarik dengan isi blog Puan secara keseluruhannya.
Mohon keizinan Puan untuk saya menyalin serangkap pantun keselamatan sempena nak menyambut raya ni.

®CT Nurza said...

Waalaikumussalam...
Terima Kasih En. Bahar. Alhamdulillah, Syukur jika blog ini bermanfaat kepada Encik dan semua.
Silakan... Terima kasih sekalung budi.

Unknown said...

terima kasih

®CT Nurza said...

Sama-sama... :)

Anonymous said...

Puan,

Saya copy pantun ini. Boleh?

Adlan

®CT Nurza said...

Boleh, silakan...