ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, July 20, 2013

PUISI : CINTA DUNIAWI, CINTA TAK SEDAR DIRI!



Cinta duniawi...
Cinta yang sering membutakan hati
Cinta yang ditaburi mimpi
Tapi sukar menjadi realiti.

Cinta duniawi...
Mengumpul harta bagai terlupa akan mati
Terkadang mengabaikan tuntutan Ilahi
Dipenuhi kesibukan sepanjang hari
Walau terpaksa membiarkan anak dan isteri
Takdikisah takdipeduli
Hanya sedar bila nafas hampir terhenti
Barulah sesal insaf di lubuk hati

Cinta duniawi...
Sudah beristeri mengaku duda
Demi memuaskan nafsu semata
Takkira gadis atau janda
Isteri orang  diganggu digoda
Entah apa jenis manusia
Lupa segala tanggungjawab yang ada
Bagai takkisah dosa dan neraka
Menggunakan wang membeli cinta
Demi menurut nafsu-nafsinya
Asal terpenuhi hajat yang ada

Kasihan!
Kasihan!
Kasihan!!!!

Kembalilah kepada keluarga!
Jadilah nakhoda yang dipuja
Memandu ke jalan syurga
Agar kehidupan tenang sentiasa
Di sisi isteri dan anak-anak tercinta
Jangan lagi membuang masa
Mencari cinta dunia yang sementara

Akhirnya nanti tidak membawa apa-apa
Sedang di hadapan telah ada  penyejuk mata

Bakal menarik dirimu ke syurga

Sedar-sedarlah...
Wahai insan yang belum sedar!

-Nur Za-
20 Julai 2013
10:33mlm.


*Grafik Hiasan : Sumber carian atok google...Thanks!

No comments: