ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, July 24, 2013

PUISI : FIKIR YANG MUNGKIR



Fikirku dahulu...
Wajah setampanmu
Pasti hatinya kacak
Bila bertutur terjaga lidah
Bila tersenyum tulus diukir


Tapi sayang...
Tanggapanku silap
Dirimu tidak seperti yang aku bayang
Makin mengenalimu buat aku kian keliru
Kadang-kadang seakan tertipu
Tidak kuduga kebiadapanmu
Sungguh kaumanusia hipokrit
Terlalu cintakan duniawi
Mungkin kerana perasan dirimu hebat?
Mungkin kerana perasan mukamu hensem?
Dan mungkin segala mungkin lagi
Tidak ingin kubuang masa untuk terus memikirkannya

Namun...
Setelah aku perhatikan dan teliti
Keruhnya hatimu terzahir di lidah

Apa yang diungkap tiada indah di hati
Jahatnya fikiranmu merobek emosi
Kala berbicara seolah otakmu kosong tidak berisi
Mulutmu tidak pernah kering dengan dosa menanti
Kauseolah bijak dan terlalu bijak
Hanya kerana rasa dirimu amat berjaya
Punya wang dan segala
Itulah yang sering dibangga
Tetapi sedikit pun tidak kuhairan denganmu
Walau ramai yang menyanjung memuja
Kerana kaujua insan ciptaan-Nya
Sehebat mana pun mendongak ke langit
Dirimu tidak bisa menyentuh awan
Semuanya pinjaman Allah
Sekadar menguji keimanan dan hatimu atas nikmat-Nya
Bangga dan berbanggalah!
Lantaran esok lusa dirimu pasti terperusuk di perut bumi
Akan hilang segala kebanggaanmu

Memandang wajahmu...
Kurasa mual mengulit rasa
Membuat aku sentiasa bercermin diri

Setiap masa aku bermuhasabah
Semoga nanti janganlah aku menjadi insan sepertimu
Angkuh, ego dengan wang dan harta
Bila bercakap sentiasa mendabik dada
Dabik dan dabiklah!!!
Kerana aku tidak pernah hilang arah
Insan sepertimu bukanlah yang terbaik untuk dijadikan contoh
Walau setinggi mana pun pangkat duniamu
Kautetap makhluk-Nya
Sepeti aku!

Selamat jalan!

-CT Nurza-

24 Julai 2013
10:15


*Gambar sekadar hiasan : Kredit buat page kawan.imut.com.

No comments: