ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, July 18, 2013

PUISI & MADAH CINTA UNTUK RADIO MANISFM.



Cinta...
bisa buatkan insan terasa bahagia
takkurang jua meluruh airmata
andai cinta didamba
dikhianati dan didustai

Serahkanlah cinta
pada yang benar menyintai
agar hati takdisakiti
juga tidak dilukai

Cintailah cinta...
lantaran cinta itu fitrah insani
untuk menyayangi dan disayangi
namun abadikanlah cinta
untuk DIA yang mutlak memiliki

Cinta sejati cinta hakiki...

NZ.
19082011 
03:13pm

Nur Za

♥♥ Nukilan jiwangzku : "Merobohkan tugu cinta yang terbina sekian lama, tidak memerlukan jangka waktu yang begitu lama, ianya boleh berlaku dalam waktu yang singkat cuma....namun untuk membina dan mempertahankan keutuhannya, ia memerlukan tempoh yang panjang dan jarak waktu yang agak jauh sehingga tiang-tiang kepercayaan dan keyakinan itu kukuh berdiri dengan sendirinya.." ♥♥

*Nukilan ini khas untuk page "Puitis Cinta" di Radio Manis FM 2011.

No comments: