ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, July 19, 2013

MENGAPA AKU YANG DICARI???


Mengapa aku yang dicari???
Saat dirimu terhimpit dan tersepit
Ke mana hilangnya teman-teman yang disayangi
Tidakkah mereka sentiasa mengelilingi
Bergelak tawa saban hari
Berkongsi bahagia dan cerita sensasi
Tidak sepertiku yang gemar menyendiri
Lantaran takteruja bersosial melebihi
Batas susila seorang isteri
Walau terkadang aku dibenci dimusuhi
Oleh rakan baikku sendiri
Kerana tidak galak bercerita begitu begini

Biarlah!
Biarlah aku dengan caraku
Lebih tenang dan bahagia begini
Tiada hati yang aku sakiti
Tiada insan yang aku benci
Bila diriku tidak lagi dihargai
Rakan yang dipercayai telah pergi menjauhkan diri
Setelah yang dihajati mereka perolehi
Lantas akhirnya hatiku digoresi

Aku bukan manusia hipokrit
Suka berpura untuk mendekati
Demi sesuatu yang aku cari
Untuk kepentingan diri sendiri
Teman yang setia aku khianati

Sedarlah kawan...
Hidup ini bagaikan roda
Berpusing setiap waktu
Usah takbur dan meninggi diri
Saat diri diuji dengan segala yang kauimpi
Kerana bahagia takselamanya bahagia
Allah itu Maha Berkuasa
Tiada kehebatan selain dari-Nya
Yang kaya boleh jadi miskin

Yang mulia boleh jadi hina
Yang derita boleh jadi gembira

Yang dibangga boleh jadi yang dicecra

Justeru...
Berfikirlah dulu sebelum berkata
Kelak dirimu bak hampas kelapa
Hendak disebut tiada harga

Lantaran jahatnya lidah bila berkata
Busuk dan kotor menyebar dusta
Teman yang baik sanggup dianiaya
Itukah insan yang perlu dipercayai
Setelah diri dicampak ke tepi

Pergilah...
Aku ini bukan sesiapa
Untuk layak mengajari menasihati

Insan tip-top seperti dirimu
Berbanding dengan diriku sendiri!


Aku cuma aku...
Insan yang takpernah alpa merenung diri
Sentiasa berusaha mencorakkan peribadi
Agar hadir tidak menyakiti
Itu sudah cukup memadai!

Ilham rasa spontan,
Hati terguris taksiapa yang tahu...
-CT Nurza-
19 Julai 2013
09:46am.


~Aku bukan tong sampah yang sentiasa menjadi tempat buangan sisa-sisa busuk yang tak diingini oleh orang lain saban waktu! aku tidak mampu lagi untuk terus membantu anjing-anjing yang tersepit kerana sesudah aku lepaskan aku pasti akan digigit kembali. Cukuplah pengalaman silam telah banyak memberikan pengajaran buat diriku tentang erti sebuah persahabatan. Bagiku,sendirian lebih baik dari bertemankan insan-insan hipokrit dan pengadu domba...maafkan aku!! :'((~

*Kredit untuk gambar hiasan yang dipinjam.


No comments: