ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, July 26, 2013

PUISI : RINDU MALAM


Rindu yang kau simpan
adakah rindu untukku
atau rindu untuk-Nya?

Biarlah malam terus menyorok rahsia
justeru rahsia hanya milik-Nya
pasti terjaga dengan sebaiknya
taktermusnah oleh khilafnya bicara
tersimpan rapi dalam genggaman-Nya

Usah gusar usah gundah
malam hadir menghantar rindu
sentuhlah manik-manik rasa itu dalam zikir kasih kepada-Nya
biarlah cintamu berbunga di taman indah syurgawi
agar kuntum-kuntumnya terus mewangi
tidak pernah layu
tidak pernah kering

Sampaikanlah salammu kepada malam
agar pungguk yang setia menunggu
akan mengerti tentang qudusnya cintamu
betapa setia pada-Nya yang Satu.

Nukilan spontan,
-CT Nurza-
27092011 11:30pm

*Koleksi puisi-puisi balasanku untuk rakan group 'Pungguk Berlagu' di dunia fb suatu ketika dulu...:)

No comments: