ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, July 16, 2013

PUISI : SECICIP REZEKI (BAJET)

Bajet belanjawan sudah pun dibentangkan
Orang gomen senyum berseri-seri
Yang kerja swasta dan sendiri teruslah berdikari
Cari rezeki titik peluh sendiri
Serlahkan hasil kerja yang berkualiti
Allah tetap bagi apa yang DIA janji
Walau pun cuma seulas nasi
Itulah rezeki yang paling diberkati
Tak usahlah hati dengki dan iri
Selagi rajin usaha pasti tak akan rugi

Kerana rezeki DIA yang bagi
Pada sesiapa yang DIA kehendaki
Buktikan kemampuan diri
Tetap berjaya walau bukan makan gaji!!

Nukilan spontan dari laman fb ku untuk mereka yang sedih kecewa tak dapat bonus n macam2 tu...sabar je la...teruskan usaha anda semua...:))


~NZ~

28092012 10:11pm.

No comments: