ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, July 16, 2013

PUISI : SEGALA


Segala yang berlaku
Segala yang terbuku 
Segala yang membeku 
Dan segala di antara segala 
Kisah kau dan aku
Ingin sahaja kubukukan
Menjadi catatan sendu 

Walau tragis
Walau sadis
Agar kautahu
Betapa kejamnya dirimu
Menodai sebuah janji
Dengan dusta bicaramu
Hinggaku rebah tersungkur
Pada sebuah kesetiaan yang telah lebur
Lantaran permainan cinta palsu
Yang kaulakunkan untukku.


Nukilan spontan,
-Nur Za 2011-
24122011 

07:02pm

*TELAHPUN DISIARKAN DI RADIO MESRA FM OLEH DJ PUTRA UNTUK SEGMEN BICARA CINTA BERTARIKH 24 NOV 2011.

No comments: