ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, July 16, 2013

SAJAK : DI MANAKAH SANG FAKIR?

Tuesday, July 16, 2013


Di manakah Sang Fakir?

Sahur di pipi fajar
bekal sehari lagi berpuasa
ibadat yang mengingatkan
betapa deritanya orang miskin
sang fakir yang melata merata.

Seharianlah bertahan lapar
mengawal nawaitu jangan
jadi mungkar
mengawal nafsu jangan
terlepas pagar.
Semoga sempurnalah puasa
semoga pahala saratlah berganda.

Sepanjang hari dalam hati
memikirkan lazatnya juadah
hidangan nanti petang
berbuka puasa pelepas pantang.

Di pasar Ramadhan
di manakah sang fakir?

yassinsalleh
0956 hrs. Julai 16.13.
Hospital Serdang
Copyright © 2013 yassinsalleh


All Rights Reserved

*Terima kasih ayahanda Yassin Salleh atas kiriman sajak ini menerusi SMS. Diterima jam 01:51ptg pada 16 Julai 2013. Nukilan yang sangat menyentuh rasa ketika membacanya. Terima kasih izinkan anakanda muatkan di blog ini untuk tatapan bersama.
http://yassinsalleh.blogspot.com/2013/07/di-manakah-sang-fakir.html

*Kredit untuk gambar hiasan dari imej carian Google.com.

No comments: